sepi kalau dalam hutan | Soalan anda tidak jelas. | Lain-lain | 16.06.2010 |
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda? | hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. | Tatabahasa | 03.04.2008 |
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih. | Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Istilah larut malam merupakan kata majmuk dan istilah tersebut terkecuali daripada mengikut hukum DM, maknanya boleh digunakan. Pertanyaan; Sekiranya saya memberi tugasan menganalisis kesalahan tatabahasa kepada pelajarnya seperti menganalisis kesalahan lirik lagu. Contoh; Bila larut malam Suasana sepi Bolehkah ditulis: Apabila larut malam, suasana menjadi sepi atau Apabila malam sudah larut, maka suasana pun menjadi sepi | Kedua-dua ayat diberikan betul. | Lain-lain | 13.09.2017 |
Selamat Sejahtera encik/puan, 1. Yang mana yang betul? peralatan jahit atau peralatan menjahit 2. Adakah sunyi sepi / resah gelisah ialah kata majmuk? 3. Cerita yang disampaikan oleh Helmi ialah cerita yang ada pengajaran. Adakah ayat no. 3 ini betul? Terima kasih. | 1. Penggunaan yang betul ialah peralatan menjahit. 2. Sunyi sepi dan resah gelisah bukan kata majmuk, sebaliknya frasa nama. 3. Ayat yang betul ialah Cerita yang disampaikan oleh Helmi mempunyai pengajaran. | Tatabahasa | 26.08.2025 |
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Assalamuaikum..saya nak tanya.saya tengah mencari 2 novel dari Dewan Bahasa yang bertajuk musim sepi dan sutan baginda..dimana saya boleh mendapat buku tersebut kerana buku tersebut sudah lama. Boleh ke saya tempah dari Dewan Bahasa. bagaimana cara saya hendak memohon untuk dapatkan buku tersebut | Waalaikumussalam, Jika buku itu untuk dipinjam, boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (Perpustakaan) DBP. Tetapi sekiranya ingin membelinya saudara boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03 21479636/9677/9680 | Lain-lain | 20.08.2014 |
mohon penjelasan maksud inflakasta. Untuk makluman tuan, perkataan ini merupakan tajuk drama dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks baharu KOMSAS tingkatan 2. | Berdasarkan sumber rujukan kami, tiada perkataan atau huraian yang berkaitan dengan perkataan inflakasta. Kami akan membuat rujukan lanjut dan meng-e-mel jawapannya nanti kepada pihak saudara. | Sastera | 19.01.2011 |
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya. | Istilah | 11.11.2010 |