manakah yang betul. 1.angin sepoi-sepoi. 2.angin sepoi-sepoi bahasa. | Frasa yang lazim digunakan ialah angin sepoi-sepoi atau sepoi-sepoi bahasa. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Tuan, Yang mana lebih tepat; angin sepoi-sepoi bahasa atau angin sepoi-sepoi basah? | Yang betul ialah angin sepoi-sepoi bahasa. | Tatabahasa | 15.03.2007 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah? | Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis yang mempunyai budi bahasa. | Tatabahasa | 23.11.2012 |