Assalamualikum... Tuan, saya ingin kepastian amalan DBP dalam penulisan surat rasmi. 1. Tarikh - Adakah nama bulan ditulis dengan keseluruhannya huruf besar atau huruf pertama sahaja huruf besar. Contoh: a.7 SEPTEMMBER 2011 atau b.7 September 2011 atau c. 7hb. September 2011 2. Adakah tanda bacaan pada penerima surat diletakkan atau tiada. Contoh: a. Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 39, Menara DBP, 50430 KUALA LUMPUR. b. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Tingkat 39, Menara DBP 50430 KUALA LUMPUR 3. Bahagian harapan sebelum penutup, adakah perlu disertakan nomber. Contoh: a. 4. Kerjasama pihak tuan..... b. Kerjasama pihak tuan... Terima kasih. | 1. 7 hb. September, 2011/7 September 2011 2. Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 39, Menara DBP, 50430 KUALA LUMPUR. | Ejaan | 27.09.2011 |
berikan 5 contoh ayat dalam frasa membicarakan tentang dalam berita harian dalam bulan september 2010.TK. | Sila rujuk akhbar Berita Harian bulan September 2010 untuk tujuan ini. | Lain-lain | 30.09.2010 |
Salam hormat, Mohon dijelaskan penggunaan yang betul ayat berikut: 1. Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini. | Ayat "Peraduan menulis skrip drama akan diadakan pada bulan September ini" betul. | Tatabahasa | 04.05.2012 |
Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, | Encik Abdul Rahim, Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk. 2. Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :- 2.1 Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan. 2.2 Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan 3. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010 4. Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar, . | Lain-lain | 01.10.2010 |
adakah ini ayat yang betul? Berdasarkan laporan kerja-kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017. | Ayat yang betul ialah berdasarkan laporan kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017. | Tatabahasa | 01.11.2017 |
Wan Baharudin Wan Ismail 11hb September Apakah gaya bahasa Indonesia "ditemukan" (sebenarnya "ditemui") kini diterima sebagai Bahasa Malaysia? cth : "Hasil pemeriksaan, sebilah parang telah DITEMUKAN." | Ditemukan ialah bentuk pasif menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Perkataan menemukan/ditemukan lazimnya digunakan bagi menterjemahkan maksud find dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2017 |
SAYA TIDAK MENERIMA MAJALAH LANGGANAN BERMULA BULAN SEPTEMBER 2017. hANYA TELAH TERIMA UNTUK BLN jUN, jULAI & OGOS 2017 SAHAJA SETAKAT INI. tarikh langganan: 9/5/17 rujukan langganan: LM170509227972706163 item langganan : Dewan Kosmik tempoh 24 bulan. Tolong respon. terimkASIH | Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharudin di talian 03-41010024. Terima kasih. | Lain-lain | 02.12.2017 |
Institusi saya akan mengadakan satu program pada 30 september 2018. Oleh itu saya ingin merujuk tentang nama program yang di cadangkan adakah sesuai penggunaan perkataan yang di cadangkan. Nama program adalah "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA-SAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM" . Adakah perkataan bersama-sama sesuai digunakan? Saya mohon bantuan. | Cadangan nama program yang dikemukakan betul penggunaannya dari segi tatabahasa. Tuan juga boleh menggunakan cadangan yang berikut: "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM". | Tatabahasa | 12.09.2018 |
Saya mempunyai kekeliruan dalam menggunakan perkataan 'jam' dan 'pukul' semasa ingin menyatakan waktu atau masa. Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menunjukkan sesuatu masa sama ada 'jam' atau 'pukul'. Contohnya, anda diminta hadir ke sekolah pada 26 September 2014 jam 7.00 pagi atau pun anda diminta hadir ke sekolah pada 26 September 2014 pukul 7.00 pagi? | Perkataan yang tepat ialah pukul seperti pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 26.09.2014 |