Cikgu, saya tidak faham akan nota yang diberikan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan DBP pada halaman 449. Perkataan "keluar" dalam ayat "Keluarlah dari bilik ini" bukankah Kata Kerja Tidak Transitif? Mengapakah Kata Kerja Tidak Transitif dalam ayat suruhan mesti dikekalkan imbuhan "meN-"? seperti: 100. Menangislah sepuas-puas hatimu. (Menangis= Kata Kerja Tak Transitif?) 101. Menjeritlah sekuat-kuatnya. (Menjerit= Kata Kerja Tidak Transitif?) Dan contoh-contoh seterusnya. Tolong berikan penerangan. Thank you! :D | Untuk makluman tuan, "keluar" ialah kata kerja tak transitif. Ayat suruhan dengan kata kerja tak transitif boleh mengandungi awalan meN- atau tanpa awalan meN-. Seperti yang dijelaskan dalam halaman tersebut, ayat perintah yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti contoh ayat 100-105; dan satu lagi bentuk kata kerja tak transitif ialah tanpa awalan seperti "Keluarlah dari bilik ini". | Tatabahasa | 04.05.2014 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |