Apakah terjemahan yang tepat untuk "hand delivery" dan "hand delivered" yang maksudkan sesuatu yang diserahkan secara peribadi? | Kami mencadangkan padanan ‘serahan tangan’ untuk istilah bahasa Inggeris ‘hand delivery’. Istilah ‘serahan tangan’ juga telah digunakan dalam industri pos untuk merujuk pada penghantaran dokumen atau barang terus tangan si penerima atau wakil. | Istilah | 22.08.2017 |
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan Tender | Bilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender. | Tatabahasa | 11.12.2008 |
Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istiliah berikut: 1. Diversity management 2. Job assigned 3. Procedural injustice 4. Distributive injustice Sekian dan terima kasih. | 1. Diversity management = Pengurusan Kepelbagaian 2. Job assigned = Serahan Tugas 3. Procedural injustice = Tatacara/Prosedur Ketidakadilan 4. Distributive injustice = Agihan Ketidakadilan | Makna | 20.05.2019 |
Ada tak istilah untuk "handouts"? merujuk kepada maksud di bawah. a document given to students or reporters that contains information about a particular subject. | Dalam bidang Komunikasi, Perpustakaan dan Pentadbiran, istilah bahasa Melayu untuk “handouts” ialah kertas sebaran atau bahan serahan. | Istilah | 21.03.2018 |
Salam sejahtera,saya ingin mengetahui cara untuk mendapatkan semula manuskrip novel yang telah dihantar lebih kurang 10 tahun yang lalu. | Sila kemukakan kepada pihak kami maklumat berikut bagi membolehkan pihak kami mengambil tindakan: Judul manuskrip. Tarikh serahan manuskrip. Editor projek. No rujukan fail yang berkenaan.
| Lain-lain | 21.10.2010 |
Tuan, Lanjutan daripada emel saya sebelum ini yang bertanyakan padanan yang sesuai bagi perkataan 'trust', bersama-sama ini saya lampirkan penggunaan perkataan 'trust' dalam penulisan membincangkan tentang koperasi. Perkataan tersebut berulang-ulang kali digunakan dengan banyak sekali. Mohon nasihat tuan. | Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial. Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat. | Makna | 24.08.2018 |
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul? | Salam sejahtera, Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 12.07.2010 |
BAGAIMANA SAYA MAHU BERKHIDMAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA INI.? | Sdr, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas keinginan sdr untuk berkhidmat dengan kami untuk sama-sama membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Untuk berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sdr perlulah melihat jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik sdr. Sekiranya ada jawatan kosong diiklankan, sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami. Sdr perlu mengisi dengan lengkap borang tersebut serta dilampirkan dengan salinan dokumen sokongan yang berkaitan. Hantarkan secara serahan tangan atau dipos kepada kami sebelum tarikh tutup. Permohonan yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga | Lain-lain | 15.10.2010 |
Salam Tuan, Saya mohon mendapatkan kata padanan bagi perkataan 'trust' yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi ayat-ayat yang dilampirkan. Saya juga ingin tahun samada perkataan 'trust' itu boleh digunakan tanpa menggantikan dengan perkataan dalam BM. Mohon nasihat tuan, terima kasih | Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial. Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat. | Makna | 24.08.2018 |
apakah panduan penulisan kertas cadangan | Salam sejahtera, Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut: Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 17.09.2010 |