Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serahkan

Puisi
 

Kalau sungguh bagai ciku,
     Papan di Jawa saya serahkan;
Kalau sungguh cakap begitu,
     Badan dan nyawa saya serahkan.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"(Harap) serahkan buku (yang) berwarna biru itu(kepadaku)," kata Asmah kepada rakannya "Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Ayat yang betul ialah "Sila serahkan buku yang berwarna biru itu kepadaku," kata Asmah kepada rakannya.Tatabahasa24.03.2022
Wang yang saya TEMU ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis. Dalam ayat di atas, adakah penggunaan perkata TEMU betul? Sekiranya salah, perkataan mana yang sesuai digunakan sama ada TEMUKAN @ TEMUI? Sekian, terima kasih.Yang betul ialah wang yang saya temui ketika balik dari sekolah akan saya serahkan kepada polis.Tatabahasa12.08.2010
Dompet yang saya temui di kantin sekolah akan saya serahkan kepada guru disiplin. apakah kesalahan tatabahasa di dalam ayat ini? soalan yang sama tetapi dua buah buku berlainan mempunyai berlainan jawapan. sebuah menyatakan temui adalah salah manakala sebuah buku lagi menyatakan tiada kesalahan. yang manakah benar? apakah kesalahan ayat ini?Dalam Kamus Dewan tidak ada kata temui, yang ada hanyalah menemui sama makna dengan menemukan. Oleh itu, kata yang digunakan (temui) adalah salah.Tatabahasa07.06.2008
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah: 1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. 2. Aidil teringat oleh kekasihnya. 3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. 4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. 5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. 6. Ayah membelikannya sebuah basikal. 7. Abang memberikan ayah wang. Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. = Dia membaca buku di bawah pohon yang rendang
2. Aidil teringat oleh kekasihnya. = Aidil teringat akan kekasihnya.
3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. = Kerajaan akan menyerahkan sumbangan itu kepada mangsa banjir.
4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. = Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu akan mendatangkan banyak manfaat.
5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. =  Ayat ini betul.
6. Ayah membelikannya sebuah basikal. = Ayat ini betul.
7. Abang memberikan ayah wang. = Abang memberikan wang kepada ayah.
Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? = Ia boleh digunakan untuk merujuk benda.
Tatabahasa24.09.2015
apakah terjemahan bagi istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut.Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna.Istilah17.07.2014
Apakah terjemahan untuk istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut.Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna.Istilah17.07.2014
"Cari pasal" atau "cari fasal", mana lebih tepat dalam penyediaan sarikata?Menurut data kami, perkataan yang betul ialah fasal yang membawa maksud 1 bahagian daripada bab; bahagian yang kecil daripada bahagian besar (undang-undang): Dalam bab yang pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dalam percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 tentang hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kepada saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Lain-lain13.06.2018
Saya Nurul Salwa binti Abdul Muluk, pengarang untuk novel "Epilog Sekeping Hati" .Mohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dapat mengemaskini maklumat saya. (Nurul Salwa binti Abdul Muluk, No 25 Jalan Hijau 6/3, Bandar Tasik Puteri, 48000 Rawang Selangor). Pihak DBP boleh menghubungi saya di talian: 019-2057591/ 0326107768/nurul.salwa83@yahoo.com) Ini bagi memudahkan untuk menghubungi sekiranya berkaitan dengan royalti mahupun apa-apa yang berkaitan dengan karya "Epilog Sekeping Hati". terima kasihAssalamualaikum, Puan Nurul. Pihak kami di Bahagian Harta Intelek mengambil perhatian ini. Maklumat puan sudah saya serahkan kepada pegawai yang berkenaan untuk dikemas kini.Lain-lain10.04.2014
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun

Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut,

Kalau roboh kota Melaka,

    Papan di Jawa saya dirikan;

Kalau sungguh bagai dikata,

    Badan dan nyawa saya serahkan.

Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain28.07.2010
saya ingin tahu sama ada dewan bahasa menerima penyelidikan untuk diterbitkan.

Assalamualaikum,

                           Semua bahan yang diserahkan ke DBP boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan ataupun tidak. Ini bergantung pada kekuatan isi kandungan bahan yang diserahkan itu tidak kira ia berbentuk penyelidikan atau penulisan biasa berdasarkan sesuatu bidang. Pihak kami akan meneliti dan membuat penilaian awal ke atas bahan tersebut atau kami akan serahkan bahan tersebut kepada penilai pakar untuk menilainya (jika perlu). Sekiranya boleh diterbitkan tetapi perlukan rombakan atau penambahbaikan, maka judul tersebut haruslah dibuat pembetulan oleh penulisnya. Sekiranya tidak sesuai, maka judul tersebut boleh ditolak oleh kami.

Semoga maklumat yang diberikan membantu saudara. Terima kasih.  

 

 

Lain-lain09.03.2010
12

Kembali ke atas