Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya ber­serak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu se­benarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. parau atau garau (suara): makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yg akhir; ~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar); 2. tersendat jalan pernafasannya (spt orang kena selesema, berdahak, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-serik = ~-seruk bunyi spt bunyi orang menggosok lantai dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sérak/; berserak bertabur ke merata-rata tempat; bercerai-ce­rai tidak menentu; bersepah-sepah: Buku-­buku bacaannya ~ di atas lantai. menye­rakkan menjadikan ber­serak; menaburkan ke merata-rata; menyebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : parau atau garau (bkn suara) kerana terlalu banyak berkata-kata dll: ~-~ basah agak serak (bkn suara) tetapi sedap didengar. keserakan keadaan serak: ~ suaranya memikat para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serak (adjektif)
Bersinonim dengan parau, garau.,
Kata Terbitan : serak2, berserak, berselerak, menyerak,

Puisi
 

Serak dagang bertali-tali,
     Putik nangka bertupa-tupa;
Abang balik sekali lagi,
     Bawa balik bunga cempaka.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan, Ayat berikut patut menggunakan perkataan "serak" atau "garau" ? Suara adik _________ kerana terlalu lama menangis. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah serak.Tatabahasa19.08.2013
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih

1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin

2. advanced detergent &  dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini

3. Drain interval - saliran pertengahan

Istilah30.06.2009
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih.Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. Tatabahasa03.09.2008
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan?

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun.   Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.

2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah.

5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa11.09.2011

Kembali ke atas