Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita | Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam pada masa kini ___ kisah seram. 'banyak memaparkan' / 'memaparkan banyak' juga boleh diterima bagi ayat itu? | Frasa yang tepat ialah ...banyak memaparkan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih.......... | 1. Ayat kedua dan ketiga betul. 2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan? | Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya" | Tatabahasa | 22.06.2008 |