Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram.bi] | سرمبي

Definisi : 1 beranda (yg agak panjang) yg bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit drpd ibu rumah; selasar. 2 platform di stesen kereta api. ~ jantung ruang pd jantung yg di sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serambi

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diberi betis hendak paha.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
cara-cara mengekalkan kebersihan persekitaran di kawasan sungai,serambi atau depan rumah,belakang rumah dan kolam di tepi rumahKhidmat Nasihat Bahasa menangani soalan yang berkaitan dengan bahasa. Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa, sila rujuk panduan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain17.01.2011
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012

Kembali ke atas