Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérang) Mn silau; keserangan kesilauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : langgar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serang­an, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'?Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang.Makna30.05.2009
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012

Kembali ke atas