| Mana satu betul "serangan dari tentera Jepun" atau "serangan daripada tentera Jepun"? | Jawatan yang tepat ialah "serangan daripada tentera Jepun". | Tatabahasa | 01.12.2015 |
| Adakah ayat di bawah betul? Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. | Ayat yang betul ialah "Pihak British mendapat berita tentang serangan Jepun terhadap Tanah Melayu." | Tatabahasa | 28.03.2015 |
| "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.? | Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada pihak lawan untuk menjaringkan gol. "
| Tatabahasa | 12.09.2013 |
| INVASION | (i) SERANGAN (ii) PELANGGARAN | Istilah | 04.03.2011 |
| _____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |
| Salam, maksud "sex killer" ialah pembunuh yang membuat serangan seksual atas mangsa. Memandangkan terjemahannya tiada dalam PRPM, bolehkah saya menggunakan istilah "pencabul-bunuh"? Jika tidak sesuai, boleh cadangkan istilah yang bersesuaian? Terima kasih. Salam. | Cadangan kami untuk padanan istilah "sex killer" ialah pembunuh seksual. | Istilah | 09.12.2020 |
| Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya tentang tatabahasa dalam beberapa soalan di bawah: 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel walaupun mereka ____ letih. amat atau agak yang mana satu adalah sesuai untuk digunakan sebagai jawaban dalam soalan tersebut? 2. Apapun / Apatah rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya. Penggunaan kata penegas pun atau tah mana satu adalah betul? 3. Siapalah / Siapa jua / Siapakah / Siapa juga yang ingin bersenam pagi-pagi ini. Penggunaan kata penegas mana satu adalah betul? 4. Pola Ayat bagi "Lelaki itu bernama Ali." Adakah ayat ini ialah FN+FK atau FN+FN? Soalan-soalan tersebut bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti kepada saya. Terima kasih atas bantuan tuan. | 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel, walaupun mereka amat letih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 20 dan 74. 2. Pola ayat bagi frasa "Lelaki itu bernama Ali." ialah FN+FN. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 359. Untuk soalan yang seterusnya, tuan/puan digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 hingga 581 yang berkaitan dengan ayat dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 04.02.2026 |
| Perlukah dibesarkan huruf pertama bagi kata ganda yang menjadi tajuk sesuatu perenggan atau bab? Contoh: Serangan Terus-Menerus. | Huruf pertama bagi kata ganda yang menjadi tajuk perlu dimulai dengan huruf besar. | Lain-lain | 19.01.2015 |
| saya kurang memahami maksud ayat ini. jika perlu sila berikan saya contoh ayat yang lebih mudah untuk difahami. Untuk menyelamatkan seseorang daripada serangan yang bertujuan untuk mengurung secara salah. | Frasa mengurung secara salah bermakna tindakan mengurung seseorang sama ada di rumah atau diculik dan dikurung. Walau bagaimanapun, ayat tersebut mungkin merupakan terjemahan daripada teks bahasa Inggeris. Sila terjemahkan teks asalnya dengan betul atau jelaskan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
| Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |