ASSALAMUALAIKUM,,MACAM MANA NAK HANTAR KARYA2 KE DBP..SETAKAT INI SUDAH LEBIH SERATUS SAJAK TELAH TERHASIL,TAPI TIDAK TAHU KE MANA HARUS DI SALURKAN.... | Silalah hantarkan karya sdr kepada: rozninah@dbp.gov.my , editor Dewan Sastera, aruslan@dbp.gov.my, editor Tunas Cipta, yusaida@dbp.gov.my, editor Dewan Siswa. | Lain-lain | 24.03.2010 |
Apa maksud menderma dan berderma | Puan Hindun, Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu, memberikan derma atau memberikan sesuatu dengan ikhlas. Contoh penggunaan: Dia telah berderma sebanyak seratus ringgit; Dia telah mendermakan kain baju kepada mangsa banjir. | Makna | 20.12.2010 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
bagaimana cara menyebut sistem nombor 1.2.3 a. 1 titik 2 titik 3 b. 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3 c. 1 2 3 (tanpa menyebut titik) kerana 1 2 3 berbeza dengan 1 ratus 2 puluh 3 | Jika 1.2.3 disebut 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3, jika 1 2 3 disebut satu dua tiga dan jika 123 disebut seratus dua puluh tiga. | Ejaan | 15.11.2011 |
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain. | 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa INTAN akan mengadakan Seminar "Enhancing Government Transformation Through Lean Management" pada 26 November 2013 dengan kerjasama MPC dan MAMPU yang telah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami telah dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah yang menarik dalam Bahasa Melayu dalam seminar tersebut bagi tajuk pembentangan dan nama-nama sesi. 3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik pihak puan untuk membantu mencadangkan pengisian-pengisian seminar dalam Bahasa Melayu berdasarkan tajuk asal dalam Bahasa Inggeris seperti dilampiran supaya dapat kami bentangkan semula kepada pihak pengurusan INTAN menggunakan seratus peratus Bahasa Melayu. Perhatian dan kerjasama pihak puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. | Untuk makluman tuan, lampiran yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, pegawai kami ada memaklumkan telah menerima e-mel daripada pihak tuan. Kami akan memaklumkan kepada pihak tuan apabila melakukan perbincangan penggunaan bahasa Melayu yang betul seperti yang dikehendaki. Kami mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berusaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Salam sejahtera, Terdapat banyak telenovela Indonesia di kaca TV kita sekarang ini. Soalan-soalan saya: 1) Kenapakah telenovela Indonesia yang berbahasa Melayu Indonesia itu diberikan sarikata bahasa Melayu Malaysia? 2) Adakah ini menunjukkan bahasa Melayu di kedua-dua negara ini tersangat berbeza sehingga memerlukan sarikata? Ini kerana, drama dari Amerika Syarikat yang menggunakan American English tidak diberikan sarikata British English apabila ditayangkan di United Kingdom, dan sebaliknya. 3) Adakah ini bermaksud American English dan British English (dua variasi B.Inggeris yang berbeza dalam bidang World Englishes) lebih dekat dan lebih sama berbanding dengan B.Melayu Indonesia dan B.Melayu Malaysia? Yakni, adakah B.M Indonesia dan B.M Malaysia sudah terpisah jauh sehingga memerlukan sarikata? 4) Apakah komen MABBIM tentang perkara sarikata tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu (Malaysia) tidaklah persis seratus peratus. Ada perkataan mempunyai makna yang sama sekali berbeza, contohnya perkataan kapan, dalam bahasa Indonesia bermaksud bila, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) bermaksud kain yang membalut mayat. Begitu juga dengan perkataan butuh, dalam bahasa Indonesia bermaksud perlu, manakala dalam bahasa Melayu (Malaysia) berkenaan kemaluan lelaki. Sudah semestinya kata butuh di negara kita tidak diungkapkan secara terbuka lebih-lebih lagi untuk siaran awam. Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham ada baiknya drama/filem Indonesia diberi sari kata dalam bahasa Melayu (Malaysia). Untuk makluman saudara MABBIM merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Sehingga kini isu penggunaan sari kata dalam drama/filem Malaysia/Indonesia belum pernah dibincangkan. | Lain-lain | 17.01.2011 |
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |