Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan. Saya ada sedikit kekeliruan mengenai penggunaan tanda sempang '-' pada perkataan serba boleh. Adakah perkataan ini sepatutnya 'serba boleh' atau 'serba-boleh'? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah serba boleh. | Ejaan | 22.09.2019 |
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"? Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain. | Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman. Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan. | Ejaan | 14.03.2025 |
1. Serba guna dieja pisah atau 1 perkataan? 2. Bangunan serba guna atau Bangunan serbaguna? | Ejaan yang betul ialah "serba guna" (dieja dua perkataan). | Ejaan | 09.05.2024 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, yang manakah ejaan yang tepat bagi perkataan 'serbaguna'/ 'serba guna' dalam konteks 'Dewan serbaguna' / 'Dewan serba guna | Ejaan yang betul ialah "serba guna". | Tatabahasa | 06.10.2020 |
Mendiami di TmanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? Betulkah struktur ayat ini? | Mendiami di TamanXXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukan selain semua itu? - dibetulkan menjadi - Mendiami Taman XXX yang serba mewah. Apa lagi yang dimahukannya selain semua itu? | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Saya memerlukan serba sedikit maklumat mengenai Morfologi. | Morfologi ialah i. Kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. ii. cabang biologi yang berkaitan dengan bentuk dan sruktur organisma. iii. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu. | Makna | 16.08.2006 |
Bagaimanakah cara mengira jumlah perkataan dewan serba guna dan wakil rakyat. Boleh beri penjelasan | Dewan serba guna mempunyai tiga perkataan, manakala wakil rakyat mempunyai dua perkataan. Kedua-duanya perlulah dipisahkan. | Ejaan | 23.06.2021 |
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih. | Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.
| Tatabahasa | 30.07.2014 |
bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih | (i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara. | Makna | 13.12.2007 |