Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ba.né.ka] | سربانيک

Definisi : (serbanéka) bermacam jenis, ber-bagai-bagai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ba.né.ka] | سربانيک

Definisi : /serbanéka/ berbagai-bagai; bermacam-macam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serbaneka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan jenis aktiviti Kedai Serbaneka boleh di anggap sebagai aktiviti perniagaan?Betul, Kedai Serbaneka ialah aktiviti perniagaan.Tatabahasa16.05.2011
Salam....adakah frasa ayat "Kedai Serbaneka" adalah betul dan boleh diguna pakai untuk papan iklan?Kedai serbaneka - betul dan boleh digunakan untuk papan iklan.Makna29.09.2011
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake roomPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya

2. dockmaster office - pejabat ketua dok

3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka

4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong

5. fresh air intake room
- bilik ambilan udara segar
Istilah20.05.2013
Mengapakah Jabatan Lesen DBKL memerlukan khidmat nasihat DBP bagi memantau bahasa di lesen iklan? Bolehkah sekiranya saya menggunakan perkataan Bahasa Inggeris pada papan iklan milik stesyen minyak saya? Contoh perkataan 'Convenience Shop'? Minta penjelasan. Terima KasihDimaklumkan selaras dengan UKK (3) Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya pada iklan papan tanda. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan pengesahan bahasa di papan tanda iklan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia.Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran.

Saudara boleh merujuk syarat-syarat permohonan iklan papan tanda premis yang dikeluarkan oleh DBKL untuk memahami lebih lanjut penggunaan bahasa Malaysia dalam iklan.

Perkataan "Convenience Shop" perlu diterjemah ke bahasa Melayu. Cadangan terjemahan kami ialah Kedai Serbaneka.
Lain-lain15.04.2013

Kembali ke atas