Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri.bu] | سريبو

Definisi : ® sibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri.bu] | سريبو

Definisi : 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri.bu] | سريبو

Definisi : satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri.bu] | سريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seribu

Puisi
 

Rumah besar tiang seribu,
     Rumah kecil tiangnya sepuntung;
Kecil mengikut ibu,
     Sudah besar mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Enggan seribu daya,
     mahu sepatah kata.

Bermaksud :

Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" atau "hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" yang manakah betul?Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu)Lain-lain24.09.2021
apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih'Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklumMakna06.08.2007
keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalihMaksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan.Lain-lain04.10.2009
apa maksud hendak seribu daya,tak hendak seribu dalihDalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" bermaksud "Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan".Makna16.08.2011
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Assalamualaikum. Adakah istilah "seribu satu" bermaksud "beraneka"? Contohnya: "Seribu satu ragam manusia." Terima kasih.Salam, tuan/puan, sekiranya kita merujuk ayat "Seribu satu ragam manusia" atau "Hikayat seribu satu malam" jelas membawa makna "beraneka". Walau bagaimanapun, penggunaan "seribu satu" tidak semestinya membawa maksud "beraneka" kerana istilah ini digunakan dalam sastera/kreatif dan perlu memahami makna keseluruhan ayat yang ingin disampaikan.Tatabahasa18.12.2014
yang manakah benar: nak seribu daya tak nak beribu dalihPeribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu)Lain-lain02.07.2007
seribu alasanmu menjadi tegar.soalanya,pakah ayat tersebut betul dan di boleh guna sebagai stau ayat

Encik Zaini,

Ayat tersebut betul bergantung pada konteks penggunaannya.

Tatabahasa24.06.2010
Adakah perkataan alaf dan alfu membawa maksud sama iaitu seribu tahun (milenium) ataupun hanya alaf sahaja bermakna seribu tahun dan alfu hanya merujuk seribu sahaja (nombor tidak merujuk tahun)?Perkataan alaf dan alfu membawa maksud yang sama, iaitu seribu tahun.Makna14.03.2018
Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih Alah bisa tegal biasa dikategorikan sebagai pepatah atau bidalan?Pepatah ialah susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang; Contoh kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Bidalan pula bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa.
Makna24.05.2025
12345

Kembali ke atas