Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri.ga.la] | سريݢالا

Definisi : sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon rutilans; ~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk mendapatkan benda itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri.ga.la] | سريݢالا

Definisi : binatang liar yg rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan, Canis aureus. ~ laut binatang laut yg kakinya kelihatan spt kepak (dpt meluncur dgn pantas di dlm air); anjing laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serigala

Peribahasa

Serigala berbulu domba.

Bermaksud :

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Betulkah ejaan bunyi haiwan di bawah: a)serigala - woof! woof! woof! b)beruang - graa! graa! graa! tqBunyi binatang "woof" dan "graa" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Bentuk bunyi tersebut boleh diterima dengan penyesuian ejaan menjadi "wof" dan "gra". Jika bunyinya panjang, namun tidak perlu ditambah huruf vokal dalam ejaan tersebut.Lain-lain12.11.2015
Selamat sejahtera, saya nak tanya perkataan biadap boleh digunakan dalam buku cerita saya tak. Nama buku cerita saya ialah Serigala yang biadap. Adakah perkataan biadap ini betul? Kerana saya check kamus, didapati perkataan biadap tidak ada, tetapi check online kamus ada. Tolong bagitau perkataan yang sepatut saya gunakan pada buku cerita saya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, biadap bermaksud tidak ada budi bahasa atau tiada beradab.
Perkataan ini boleh digunakan.
Sila rujuk Kamus Dewan yang bercetak untuk makluman lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.10.2019

Kembali ke atas