Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri/] | سريق

Definisi : tidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yg menderita akibat perbuatan itu), jera, takut: kehendak hati hamba bunuh dia, supaya yg lain ~; menyerikkan menyebabkan seseorang berasa serik: hukuman yg ringan itu tidak akan ~ mereka utk mengulangi kesalahan yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri/] | سريق

Definisi : Kl teduh atau berhenti (bkn hujan), reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri/] | سريق

Definisi : ® serak III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
serik
Rujuk :jera

Peribahasa

Bagai ulat nangka terhempas ke batu.

Bermaksud :

Tidak serik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMMUALAIKUM SAYA INGIN MENDAPATKAN PERIBAHASA/PERUMPAMAAN UNTUK MAKNA/MAKSUD : Serik tidak mahu perkara buruk berulang semula. SEKIAN, TERIMA KASIHSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain atau buku Peribahasa Sekolah Menengah oleh Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.Lain-lain15.04.2010
Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya. Jawapan: -ada udang di sebalik batu -tanam tebu di tepi bibir -satu lagi jawapan apa?

Apakah soalan yang sebenarnya dalam ayat tersebut kerana hanya pilihan jawapan yang diberi tetapi tidak menyatakan soalannya dengan jelas. Sila hubungi kami semula.

Lain-lain06.07.2010

Kembali ke atas