Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn langsing (badan), ramping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ lanting nama sj burung, Rhizothera longirostris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara penulisan dalam esei untuk i. Guru Besar/guru besar ii. Guru Tingkatan/guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan? iv. dicop/dicap? v. Tanda baca (:-) sering digunakan dalam penulisan. (penyenaraian). Tetapi apabila saya rujuk saya tidak menjumpai tanda baca tersebut. vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. atau Kita gunakan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah:

i. guru besar 

ii. guru tingkatan 

iii. dibankkan/membankkan - tidak ada contoh penggunaan kedua-dua kata ini, jika merujuk transaksi yang dilakukan boleh menggunakan perkataan lain seperti diamsukkan ke bank 

iv. dicap 

v. Penggunaan tanda baca yang betul ialah titik bertindin (:) atau sempang (-)

vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. Penggunaan tanda baca dalam contoh ini betul.

Tatabahasa06.12.2011
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011
Salam...Boleh tak sekiranya saya mendapatkan senarai perkataan yang mesti dirapatkan semasa menulisnya.Ini adalah kerana saya sering keliru dan was - was semasa mengajar penulisan kepada murid - murid saya..Terima kasih..

Bentuk kata majmuk yang penggunaannya telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja bercantum ialah:  

antarabangsa               setiausaha                 beritahu                     sukarela            bumiputera                   uruhanjaya                jawatankuasa             tandatangan            kakitangan                    tanggungjawab         kerjasama                   warganegara            olahraga                        pesuruhjaya              matahari 

Terdapat juga perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang bukan kata majmuk secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:i)  Kata nama: peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan ii)  Kata adjektif : sukacita, dukacita iii)  Kata sendi nama: kepada, daripada iv)  Kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal. v)  Kata tanya: bagaimana, kenapa.              

Tatabahasa12.05.2011
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah cara penggunaan yang betul untuk "diperbetul" dan "diperbetulkan" ? Mana satu yang betul daripada aspek tatabahasa? Terima kasih
Aspek makna awalan diper-:
i. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering mebawa makna kiasan.

ii. Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar.

iii. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu.

Aspek makna apitan diper-kan:
I. membawa pengertian terjadi atau disebabkan,
ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam kata kerja yang dilakukan oleh orang lain.


Oleh itu, perkataan yang betul ialah diperbetul kerana betul merupakan kata adjektif.
Tatabahasa10.09.2013
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010

Kembali ke atas