Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkali | Ejaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali. | Ejaan | 06.05.2012 |
Kenapa sering kali bahagian rujukan kamus memberi kedua-dua jawapan yg kita musykilkan contoh stoking edisi 4 dan kamus plajar edisi 2 betul, stokin pun betul .....boleh keliru. Jadi bagaimana kita harus merujukdan buat pilihan.t.kasih | Berkemungkinan berlaku kesilapan semasa proses pemindahan data dari salinan keras kepada salinan lembut. Jika tuan berhadapan dengan kes seumpama ini, pertamanya, ambil data daripada Kamus Pelajar; dan jika tiada, ambil data yang paling banyak kerana yang sedikit itu kita anggap sebagai data yang kurang tepat. Contohnya, Kamus Pelajar merakamkan ejaan stoking dan jika dilihat kebanyakan data ialah stoking, amat sedikit data tentang stokin. | Ejaan | 11.04.2015 |
Kita sering kali nampak perkataan singkatan Bahasa Inggeris bitanda dengan tanda baca noktah, apakah peraturan umum penempatan tanda baca noktah Bahasa Inggeris digunasama bagi Bahasa Bangsa Malaysia? Contoh: Mr., Bagagaimana dengan En? En. Atau En ? Terima Kasih. | Penggunaan noktah dalam apa yang saudara maksudkan adalah sama. Dalam bahasa Melayu, kata yang diringkaskan perlulah dibubuh noktah, contoh: tuan = tn. telefon = tel. puan = pn. dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.05.2009 |
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa Melayu | Dalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Ejaan | 10.05.2012 |
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan. | 1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan. 2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan. 3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt. | Istilah | 28.04.2012 |
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi. | Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Semasa saya mengajar di Sabah dahulu, sering kali saya terbaca perkataan "meraru" dan "kudapan" dalam atur cara majlis untuk makan atau minum. Apakah maksud dengan perkataan tersebut dan ketika mana patut digunakan. Untuk minum petang pula apakah perkataan yang boleh digunakan. Sekian, tq | Makna perkataan "merarau" ialah makan tengah hari, manakala kudapan ialah snack atau dengan kata nama lain digunakan bagi minum pagi atau minum petang dengan kuih muih. Harap maklum. | Makna | 24.10.2007 |
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan. | Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih. | Lain-lain | 03.10.2016 |
apakah perbezaan antara bidalan dengan pepatah? | Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut yang mengandungi nasihat peringatan dan sebagainya. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain atau kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya. | Makna | 11.07.2011 |
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan ayat 'di mana' & 'yang mana' dengan betul. Ini kerana saya sering kali lihat ayat 'di mana' wujud di pertengahan ayat sebagai penghubung ayat. Sebagai contoh: "penerbitan buku ini amat penting di mana ianya merupakan sumber rujukan kepada ...... " Adakah ini betul? Adakah 'di mana' merujuk kepada tempat sahaja dan 'yang mana' : merujuk kepada yang mana satu daripada beberapa benda? Mohon pencerahan selanjutnya... Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubung tidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di mana dia belajar?. | Tatabahasa | 14.07.2017 |