Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seringkali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya seringkali menghadapi kekeliruan menentukan bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi, mohon pihak DBP menghantar panduan untuk bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi. Sekian, terima kasih.Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Tatabahasa25.03.2010
Salam sejahtera, saya seringkali melihat perkataan "macai" digunakan dalam tulisan-tulisan di alam maya tetapi perkataan ini tidak wujud di dalam PRPM. Namun begitu perkataan ini serta definisinya ada di sini: http://mymemory.translated.net/t/Malay/English/macai Adakah pihak DBP mengiktiraf perkataan ini sebagai kosa kata rasmi di dalam Bahasa Melayu?Perkataan "macai" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP dan belum diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.03.2013
Assalamualaiikum, saya ingin mendapat penjelasan berhubung penggunaaan huruf "I "yang seringkali ditulis sebagai "l ". Contohnya bagi perkataan MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM ditulis sebagai MAHKAMAH TlNGGl SHAH ALAM. kesilapan ini banyak terdapat di sign board PBT mahupun papan tanda iklan. Masalah timbul apabila anak saya yang baru pandai mengeja, akan mengeja huruf I tersebut sebagai l (L). harap dapat penjelasan berhubung perkara ini. sekian terima kasih.

Saudara,

Dicadangkan saudara merujuk perkara ini dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk penjelasan.

Lain-lain07.07.2010
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tqDalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin.


Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka.
Lain-lain01.12.2013
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Tuan/puan Kebelakangan ini saya sering keliru dengan penggunaan dalam Bahasa Melayu. Proses kerja saya seringkali melibatkan surat menyurat. saya ingin mendapatkan kepastian dan kesahihan dari DPB tentang pengunaan perkataan dua (2) perkataan yang sebelum ini adalah satu (1) CTH : Urusetia (urus setia), . Adakah perkara ini benar dan dimanakan boleh saya dapatkan panduan tentang perkataan-perkatan lain yang terlibat

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja sebagai satu perkataan, iaitu; antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, dan pesuruhjaya. Saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa07.07.2008
salam.. 1)boleh terangkan penggunaan kata ''melalui'' sebagai kata kerja dengan terperinci. 2)apa itu frasa endosentrik?contoh penggunaan ayat? trma ksih..

1. Melalui daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Apa yang fahamkan daripada soalan saudara bukanlah makna langsung dari perbuatan lalu tetapi makna baru seperti melalui yang bermaksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Rancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan melalui radio dan Ahmad telah memajukan tuntutannya melalui peguamnya.

2. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim.

Tatabahasa01.08.2011

Kembali ke atas