| Apakah padanan yang tepat untuk istilah "serious offender"? Pesalah serious? Pesalah berat? Terima kasih | Kenal pasti konsep serious dalam frasa tersebut. Seriuos offender boleh diterjemahkan kepada pesalah berat atau pesalah berbahaya bergantung pada konteks makna yang dibawa. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
| Adakah terjemahan "are you serious?" ialah "awak sungguhkah?" ? Saya tidak mahu menggunakan kata pinjaman "serius". | Cadangan terjemahan bagi "are you serious?" ialah "awak sungguh-sungguh?" atau "adakah awak sungguh-sungguh". Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan konteks penggunaan tuan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 14.04.2023 |
| http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense" | Salam sejahtera, Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2020 |
| Salam sejahtera, Adakah frasa dalam BM yang boleh menggantikan maksud 'come on' dalam bahasa inggeris seperti ayat berikut: 'come on, it's just a wedding. it's not that serious.' Terima kasih atas bantuan. | Sila berikan terjemahan terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaan tatabahasa dalam ayat yang diberikan. Ayat yang dinyatakan cenderung kepada bahasa percakapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2017 |