Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rius] | سيريوس

Definisi : (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rius] | سيريوس

Definisi : 1 sungguh-sungguh; tekun dan tidak olok-olok: pekerja yg ~. 2 amat memerlukan perhatian (kerana mungkin berbahaya dsb): Penyakit kelapa sawit yg ~ ialah penyakit reput pd bahagian batang yg disebabkan oleh cendawan. keseriusan keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serius
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan benar-benar
( betul-betul, sungguh-sungguh, sangat-sangat, tidak main-main, yakin, pasti benar, tidak syak lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan main-main

2. Bersinonim dengan genting
( berat, genting, tegang, mustahak, penting, berbahaya, )
(adjektif:)

3. Rujuk tenat 2



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi.

Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi".

 

Tatabahasa30.05.2011
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih
Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku  "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya"Shahnon AhmadDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1994

 

 

Lain-lain08.01.2009
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasihAnjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. Tatabahasa09.02.2012
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak?

Salam sejahtera,

Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan  iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." 

Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa23.10.2012
berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera

Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis.

Lain-lain04.10.2010
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera.Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera.Tatabahasa05.02.2013
Apakah perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden?Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Bahasa Melayu Moden ialah bahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris.Makna11.06.2012
Salam Sejahtera. Saya ingin kepastian tentang maksud dan penggunaan perkataan 'justeru'. Adakah membawa maksud 'Oleh itu'? Contoh penggunaan: Gajala sosial semakin serius. Justeru, pelbagai pihak perlu berganding bahu menanganinya.

Justeru bermaksud kebetulan, malahan dan bahkan. Contoh penggunaannya dalam ayat "Saya tidak pernah membenci dia, justeru saya puji dia". 

 

Tatabahasa06.05.2011
MINAT DALAM BIDANG SASTERA,MACAM MANA UNTUK MENDALAMINYE?Zulkarnain, Khidmat Nasihat DBP mencadangan saudara banyak membaca buku-buku sastera yang serius.Lain-lain05.02.2009
123

Kembali ke atas