Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serlah
Kata Terbitan : menyerlah, terserlah, menyerlahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah kata ini 'terserlah', bukan ditulis dengan 'teserlah'? Sebelum ini, saya mendapat tahu bahawa kata 'bekerja' dan 'peserta' digugurkan imbuhan 'ber' dan 'per'( 'r') kerana suku kata pertama mempunyai 'er' .Mengikut rumus tatabahasa, kata kerja terserlah wujud hasil gabungan awalan ter- dengan serlah dan kata nama peserta wujud hasil gabungan awalan pe- dengan serta. Kata kerja bekerja wujud hasil gabungan awalan ber- dan kerja, tetapi huruf r dalam gabungan kata kerja tersebut luluh dan terhasillah bekerja. Bekerja ialah kekecualian dalam bahasa Melayu dan kekecualian ini tidak banyak, hanya beberapa perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.04.2014

Kembali ke atas