Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pi.han] | سرڤيهن

Definisi : bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. saya ada beberapa soalan yang tidak pasti tentang kesahihan ayat tersebut. Harap pihak tuan dapat membantu saya. 1. Serpihan kaca terpijak oleh saya. Ayat di atas saya tidak pasti betul atau tidak kerana kata sendi oleh dalam ayat pasif diikuti kata ganti nama diri pertama saya. Adakah kata kerja pasif berimbuhan ter boleh diikuti kata ganti nama diri pertama ? sila lihat 2 ayat berikut. 1. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. 2. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas Tingkatan 5 Sains. Antara 2 tersebut, yang manakah betul ? Wajarlah kata tingkatan itu ditulis dengan huruf besar? Saya amat berharap agar pihak tuan dapat membalas e-mel ini. Terima kasih.

 Ayat yang betul ialah saya terpijak serpihan kaca / serpihan kaca saya terpijak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 173 dan 491 untuk keterangan lanjut. Ayat yang betul ialah Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan 5 Sains 2.

 

Tatabahasa02.08.2010
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah.Tatabahasa08.10.2009
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah iniAyat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...".Tatabahasa15.03.2017

Kembali ke atas