Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sertai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
2) antara ayat ' sertai kami ditempat-tempat berikut' & ' sertai kami ditempat berikut' - ayat mana yang betul penggunaanya? sekian terima kasih :-)Jika ada beberapa tempat, yang betulnya ialah "sertai kami di tempat-tempat berikut, iaitu ...:" Jika satu tempat gunakan "sertai kami di tempat berikut, iaitu..."Lain-lain04.04.2007
"Nora, kamu sertai pertandingan itu?" "Nora, kamu menyertai pertandingan itu?" "Nora, mahukah kamu menyertai pertandingan itu?" "Nora, mahukah kamu sertai pertandingan itu?" "Nora, pertandingan itu kamu sertai?" Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

Akhiran –i membentuk kata kerja transitif, dan wujud dengan awalan meN- atau di-. Kata kerja yang hadir dengan akhiran –i tanpa awalan hanya dalam dua bentuk, iaitu:

(I)   Dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua, contohnya: Perangai yang baik itu akan kami contohi.

(II) Dalam ayat suruhan: Tolong baiki basikal yang rosak itu.

Maka, ayat yang betul untuk soalan anda adalah seperti yang berikut:

1.   "Nora, kamu menyertai pertandingan itu?"

2.   "Nora, mahukah kamu menyertai pertandingan itu?"

Tatabahasa18.10.2014
"Bolehkah saya SERTAI majlis kamu?" Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis ialah "Bolehkah saya menyertai majlis kamu?".Tatabahasa27.02.2013
1. Yang mana satukah ayat pasif yang betul? a. Larian Merdeka disertai oleh kami sekeluarga. b. Larian Merdeka kami sekeluarga sertai.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Larian Hari Merdeka kami sekeluarga sertai.

Terima kasih.
Tatabahasa01.09.2020
Adakah penggunaan mewarna boleh digunakan sebagai tajuk. Contoh 1. mari sertai peraduan mewarna gambar Contoh 2. Mari mewarna hurufPeraduan Mewarna sebagai kata nama boleh digunakan, tetapi jika selepas kata warna yang fungsinya kata kerja, warna kena diimbuhkan dengan apitan me-...-kan (mewarnakan) atau me-...-i (mewarnai) dan mesti ada objek penyambut, contohnya: i. Mari sertai peraduan mewarnai/mewarnakan gambar; ii. Mari mewarnai/mewarnakan huruf. Harap maklum.Tatabahasa15.09.2006
Salam hormat. Antara sertai dengan menyertai manakah yang paling tepat? Contoh soalan: Saya ___________ peraduan mencipta slogan itu sekadar suka-suka. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Saya menyertai Peraduan Mencipta Slogan itu sekadar suka-suka sahaja".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2078.


Tatabahasa14.01.2024
1. Yang mana satukah ayat pasif yang betul? a. Pertandingan itu disertai oleh kami sekeluarga. b. Pertandingan itu kami sekeluarga sertai. c. Unta tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik. d. Unta tidak pernah saya dan adik tunggang. 2.yang mana satukah rangkai kata yang betul? a. sedikit sebanyak b. sedikit banyak c. kedua-duanya boleh diterima 3."lain-lain negara" salah. Yang betul ialah ... a. negara-negara lain b. negara lain c. kedua-duanya boleh diterima

Jawapan bagi (ID Soalan: 51222) ayat pasif yang betul ialah: c. “Pertandingan itu kami sekeluarga sertai”  dan pembetulan jawapan bagi pertanyaan  (ID Soalan: 51217) ayat pasif yang betul ialah: “Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan” dan “Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki.” Jawapan bagi rangkai  pula  “sedikit sebanyak”, “sedikit banyak”, “negara-negara lain” dan “negara lain” adalah betul.  

 

 

 


Tatabahasa19.08.2020
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu.

Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah  Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS),    Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. 

 

Lain-lain15.01.2011
Azzah Zulkanain THURS 18:00 Azzah Zulkanain Azzah Assalamualaikum..saya nak tanya..mcm mna nk sertai pertandingan tunas cipta ni ye?Wkslm... Untuk pertanyaan mengenai pertandingan tersebut puan boleh menghubungi pegawai kami Puan Khairul Anum binti Mohd Ali melalui talian 03-2147 9259Lain-lain19.01.2017
"Mohon bantuan. Saya keliru tentang ayat manakah yang betul. 1. Pertandingan nyanyian itu akan Mawi dan Diana sertai. 2. Cikgu Maziah menunjukkan panduan menulis karangan kepada saya. Mohon pencerahan.... :)Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat pertama. Ayat yang betul ialah Pertandingan nyanyian itu akan disertai oleh Mawi dan Diana. Ayat kedua betul.Tatabahasa13.03.2013
123

Kembali ke atas