Seruan Nurani atau Seruan Hati Nurani | Seruan Hati Nurani. | Tatabahasa | 15.04.2011 |
Untuk penggunaan kata seruan, adakah wajib untuk meletakkan kata seru di permulaan ayat atau ianya adalah suatu pilihan untuk menjadi ayat seruan. Aduh, sakitnya kakiku! Sakitnya kakiku! Adakah ayat kedua masih dianggap ayat seruan. Terima Kasih. | Ayat yang kedua itu, masih digolongkan sebagai ayat seruan kerana menggunakan kata seruan dan menggunakan itonasi yang berbeza daripada ayat biasa. Kata seru ialah bentuk kata yang erfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.08.2007 |
penggunaan kata hubung yang betul terpedaya dengan seruan atau terpedaya oleh seruan | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan. | Saudara, Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
1.a) Amboi,comelnya kucing awak! b)Wah, comelnya kucing awak! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat seruan tersebut. 2.a)Amboi,kayanya pemilik banglo itu! b)Wah, kayanya pemilik banglo itu! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 255 menerangkan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat yang menggunakan kata seru seperti wah dan amboi. Contoh ayat: "Wah, cantiknya baju dia!", dan "Amboi, comelnya bayi itu!". Berdasarkan penerangan dan contoh dalam buku Tatabahasa kedua-dua ayat tersebut jawapannya betul. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betul | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru? | Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Selain itu, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata seru "Amboi" dan "Wah". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah dengan dua pilihan kata seru tadi? 1.___________, cantik sungguh awak hari ini! 2.___________, buruknya kereta Cikgu Chong! 3.___________, besarnya rumah kamu! 4.___________, kasihan betul adik yang demam! Apakah perbezaannya antara kedua-dua kata seru ini dari segi penggunaannya? | Salam sejahtera, Tuan, "Wah" dan " Amboi" merupakan kata seruan yang digunakan dalam ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Dalam konteks ayat yang diberi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kecuali ayat nombor 2 dan nombor 4. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2018 |
Huruf pertama pada nama timang-timangan dalam sesuatu ayat sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau kecil. Contohnya: Aku dan along berlalu dari situ. ditulis 'along' atau 'Along'. Selepas tanda seruan, tanda noktah atau elipsis, huruf pertama ayat seterusnya perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil. Cthnya, “Orang dah dapat rumah!” Jerit Fina. Selepas seruan itu patut ditulis 'jerit' atau 'Jerit'? | 1. Aku dan along berlalu dari situ. 2. “Orang dah dapat rumah,” Jerit Fina! | Tatabahasa | 30.06.2014 |
Bagaimana menulis nama blog. Contoh: Saya letakkan seruan itu dalam laman web saya, Minda Jutawan (mindajutawan.com). Adakah perlu diitalikkan 'Minda Jutawan' itu? | Penulisan blog bergantung pada cara penulisan yang telah ditentukan oleh sistem, misalnya mindajutawan.com. Walau bagaimanapun, dari segi tatabahasa Minda Jutawan hendaklah ditulis terpisah dengan awalan huruf besar bagi menunjukkan nama atau tajuk blog. | Lain-lain | 08.11.2011 |