1.a) Amboi,comelnya kucing awak! b)Wah, comelnya kucing awak! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat seruan tersebut. 2.a)Amboi,kayanya pemilik banglo itu! b)Wah, kayanya pemilik banglo itu! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 255 menerangkan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat yang menggunakan kata seru seperti wah dan amboi. Contoh ayat: "Wah, cantiknya baju dia!", dan "Amboi, comelnya bayi itu!". Berdasarkan penerangan dan contoh dalam buku Tatabahasa kedua-dua ayat tersebut jawapannya betul. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Selain itu, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata seru "Amboi" dan "Wah". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah dengan dua pilihan kata seru tadi? 1.___________, cantik sungguh awak hari ini! 2.___________, buruknya kereta Cikgu Chong! 3.___________, besarnya rumah kamu! 4.___________, kasihan betul adik yang demam! Apakah perbezaannya antara kedua-dua kata seru ini dari segi penggunaannya? | Salam sejahtera, Tuan, "Wah" dan " Amboi" merupakan kata seruan yang digunakan dalam ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Dalam konteks ayat yang diberi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kecuali ayat nombor 2 dan nombor 4. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2018 |
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an) | Ketiga-tiganya betul. | Lain-lain | 06.03.2013 |
Assalamualaikum, 1. Saya berminat untuk menyertai sebarang penyuntingan. Di manakah saya boleh menyemak aktiviti bengkel yang diadakan oleh pihak DBP. 2. Saya juga mempunyai beberapa kemusykilan semasa menyunting manuskrip novel. -Selepas dialog yang menggunakan ayat seruan (!) atau ayat tanya (?), huruf pertama pada ayat berikutnya perlu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Wah, besarnya kereta abang!" jerit Ali teruja. huruf 'J' untuk perkataan jerit itu perlu ditulis huruf kecil atau besar? | Alaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi Akademi DBP, 0321479223/0321479226 untuk bertanyakan kursus penyuntingan yang dianjurkan oleh DBP. Ayat contoh yang diberi adalah betul. Huruf "j" ditulis kecil kerana masih dalam ayat yang sama. | Lain-lain | 16.12.2014 |
Huruf pertama pada nama timang-timangan dalam sesuatu ayat sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau kecil. Contohnya: Aku dan along berlalu dari situ. ditulis 'along' atau 'Along'. Selepas tanda seruan, tanda noktah atau elipsis, huruf pertama ayat seterusnya perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil. Cthnya, “Orang dah dapat rumah!” Jerit Fina. Selepas seruan itu patut ditulis 'jerit' atau 'Jerit'? | 1. Aku dan along berlalu dari situ. 2. “Orang dah dapat rumah,” Jerit Fina! | Tatabahasa | 30.06.2014 |
apakah makna Celaka | Kamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya. | Makna | 12.03.2009 |
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela ingin bertanya tentang perterjemahan ayat dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. berikut adalah ayat yang ingin diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. 1. Walk Of Life 2. Make Road Safe Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan membuat kempen berkenaan.Justeru itu pihak kami ingin menterjemahkan nama kempen berkenaan ke dalam bahasa melayu sempena seruan kerajaan untuk mengutamakan penggunaan bahasa melayu. Saya memohon jasa baik dari pihak tuan untuk memberi cadangan yang sesuai untuk perterjemahan nama kempen berikut ke dalam bahasa melayu. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan. Sekian Terima Kasih. | Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat" dan "Make Road Safe" ialah " Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda". Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks. | Istilah | 02.11.2011 |
1. Apakah rangkai kata yang sesuai untuk menggantikan 'puzzle"? 2.Apakah pola ayat ini?t ~a. Buku itu saya beli. ~b. Jam tangan itu mahal harganya. 3. Apakah jenis ayat ini?~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata. | Menurut Kamus Dewan, padanan bahasa Melayu bagi perkataan “puzzle” ialah teka-teki atau mainan teka-teki. Selain itu, ia juga bermaksud bingung, kebingungan; membingungkan dan juga memikir-mikirkan: Pola ayat (a) Frasa nama + Frasa kerja Pola ayat (b) Frasa nama + Frasa adjektif Untuk makluman Tuan/Puan, Jenis Ayat terdiri daripada empat, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Ketiga-tiga jenis ayat yang dikemukakan ialah (a) Ayat Penyata, (b) Ayat Penyata ( c) Ayat Penyata
| Tatabahasa | 23.04.2018 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih. | 1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks. 2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..." 3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia. | Makna | 09.07.2009 |