Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ruas] | سرواس

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut, tembusu paya, Fagraea racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seruas

Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bersabit pantun ini: Ada seorang saudagar Keling Matanya merah seperti cempeling Pelita di tengah orang keliling Buluh seruas berganti suling, apa makna seruas berganti suling?Maksud bagi "Buluh seruas berganti suling" ialah sesuatu benda (buluh) yang bertukar menjadi benda yang baik (suling/seruling) atau dalam erti kata yang lain seseorang/sesuatu yang memberi atau mendatangkan manfaat/ kebaikan kepada ramai.Sastera28.02.2024
Pak Ali mengikat kaki kerusi rotan yang hampir rosak itu dengan ____________ rotan. A. seurat B. seutas C. seruas D. selembarJawapan yang tepat ialah "seutas"Lain-lain21.05.2014

Kembali ke atas