Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rum] | سيروم

Definisi : (sérum) 1. = ~ darah cecair jernih yg terpisah drpd bekuan darah dlm penggumpalan darah; 2. bahan antitoksin yg diperoleh drpd serum darah binatang yg dilalikan dgn bakteria penyebab penyakit; 3. cecair jernih yg dirembes oleh selaput tertentu; menyerum Id menyuntik dgn serum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rum] | سيروم

Definisi : /sérum/ ist 1 cairan spt air yg terdapat dlm tubuh haiwan. 2 = ubat ~ zat cair yg diambil dr darah haiwan utk mengubati atau utk mencegah penyakit menular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum These results suggest that increase time spent in sedentary behaviour was associated with poorer level of high moecular weight adiponectin while sedentary behaviour was associated with poorer health-related quaity of life among breast cancer survivors. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga tinggi mempunyai hubung kait dengan peningkatan tahap serum adiponektin bermolekul tinggi (BMT) manakala tingkah laku tidak aktif mempunyai hubung kait dengan tahap kualiti hidup berkaitan kesihatan yang buruk. Terima kasih.Terjemahan bagi kenyataan bahasa Inggeris yang ditanya ialah:

Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa untuk tingkah laku sedentari
berhubung kait dengan tahap adiponektin bermolekul tinggi yang rendah manakala tingkah laku sedentari berhubung kait dengan hidup yang kurang berkualiti dalam kalangan pemandiri kanser payudara.  
Makna15.07.2018

Kembali ke atas