Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ver] | سرۏر

Definisi : (Komp) bp pelayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata server


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'server' iaitu pelayan komputer telah diterima sebagai istilah bahasa melayu.saya ada membuat carian dalam dbp.gov.my ni tetapi saya tak faham keputusan carian tersebut. terima kasih.Ya. Server adalah pelayan dalam bahasa MelayuLain-lain29.11.2010
Hi, ASP (Active Server Page) ialah Halaman Pelayan Aktif atau Laman Pelayan Aktif?laman pelayan aktif.Tatabahasa09.08.2007
Back office (istilah komputer)Ruang peralatan (Konsep: Satu kawasan, di dalamnya terdapat server dan menjalankan sistem operasi)Istilah06.08.2008
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi?Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian.  Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan.   

Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran.

 

Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan.

    
Makna28.04.2011
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer.Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik.Istilah18.07.2011
Saya ingin bertanya apakah maksud "Root" untuk istilah IT. Contoh ayatnya dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "Root permission is required to uninstall applications in the phone device." Terima kasih.Dalam data rujukan kami, istilah bahasa Melayu bagi "root" ialah akar seperti penggunaan istilah "root directory" dipadankan sebagai "direktori akar". Selain itu, terdapat istilah "root server" yang dipadankan sebagai  "pelayan punca" dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang sistem maklumat.Istilah09.11.2013
Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut?

Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. 

Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan.       

Tatabahasa15.06.2009

Kembali ke atas