| Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room." | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis. | Lain-lain | 14.10.2018 |
| Malaysian public service started to use competency-based human resource practices at the end of year 2002 as the response to increase the level of service quality. In Malaysian public service, out of six competency-based human resource practices, only five practices were implemented. They were recruitment and selection, training and development, career development, performance management and reward. From 300 copies of questionnaire distributed using simple random technique, 140 were useable. The data was analyzed further using factor analysis and it was found out that training and development items had combined with a reward practice. This new dimension was labeled as organizational development. Others remain the same dimensions. It was also found out that competency-based performance management, organizational development and career development were practiced to a high extent. Meanwhile, competency-based reward and recruitment and selection were practiced to a moderate extent. | Harap maaf, apakah persoalan yang ingin dikemukakan? Mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 25.06.2010 |
| Boleh tak menterjemahkan ''Authorised Service Dealer '' ke Bahasa Melayu? | Tidak ada istilah Authorised Service Dealer dalam pangkalan data kami, istilah yang ditemui ialah Authorized Dealer iaitu Peniaga Berdaftar. Oleh itu, kami cadangkan padanan bagi Authorized Service Dealer ialah Pemberi Servis Berdaftar. | Istilah | 07.06.2011 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk maksud "Service of Notice". Notis ini merujuk kepada surat berperingkat yang dikeluarkan oleh jabatan. Ia terdiri daripada Surat Amaran, Surat Peringatan, Surat Panggil, "Sub-poena" dans ebagainya. Terma "Service of of Notice" diperlukan dalam Bahasa Melayu kerana pihak kami sedang membuat dokumentasi carta proses kerja dalam Bahasa Melayu. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Service of Notice. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan dat kami terdapat istilah service of default notice (bidang Undang-Undang) yang padanan bahasa Melayunya ialah penyampaian notis kemungkiran. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk service of notice ialah penyampaian notis. | Istilah | 27.06.2011 |
| Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
| PMD AUTO SERVICE CENTER | Salam sejahtera, Untuk memohon semakan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2018 |
| one stop service | Padanan yang sesuai ialah PUSAT SERVIS SEHENTIAN. | Makna | 25.11.2015 |
| Excellent Auto Service Centre | Pembetulan: Bengkel Kereta dan Pusat Servis Penyaman Udara Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 22.08.2015 |
| Apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa melayu untuk diletakkan dalam papan tanda syarikat seperti berikut:- "Pejabat Urusan dan Pump Service Centre".. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi maksud Pump Service Centre. | Cadangan kami bagi PUMP SERVICE CENTRE ialah PUSAT SERVIS PAM. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2014 |
| Manakah jemahan di bawah adalah betul. Service Apartment 1. Pangsapuri Perkhidmatan 2. Pangsapuri Berservis | Padanan bahasa Melayu bagi service apartment ialah pangsapuri servis. | Tatabahasa | 23.04.2014 |