Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sa/] | سسق

Definisi : 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll): syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak: nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit: ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah; ~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; ~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb peri­hal orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga; bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; 3. menyen­datkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan: jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau digadai; tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; tersesak-sesak tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budak­-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat ber­tenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar per­kataan kapitan kapal itu, ~lah ia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sa/] | سسق

Definisi : 1 tidak lapang kawasannya; sem­pit: Bilik ini ~ benar. 2 terlalu penuh sehingga tidak lapang lagi; sendat benar; tersumbat atau tersekat (bkn perjalanan nafas dll): Bermacam-ma­cam kenderaan ~ di jalan. 3 berasa susah; tidak senang: Hidupnya sudah ~ sekarang. bersesak, bersesak-sesak berhimpit-himpit kerana ter­lalu penuh; bersempit-sempit: Para penonton ~ di hadapan pentas. menyesak merempuh masuk di tengah-tengah orang banyak: Saya berjaya naik ke gerabak dgn ~ di celah-celah orang ramai. menyesakkan 1 menyebabkan jadi sesak; menyempitkan; menyendatkan. 2 menjadikan susah atau sukar; menyusahkan: Gelema dlm paru-paru ~ pernafasan. kesesakan 1 keadaan sesak; kesempitan: ~ di jalan raya. 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,

Peribahasa

Seperti ayam termakan rambut.

Bermaksud :

Bunyi nafas yang sesak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
biasanya kita mengatakan 'kesesakan jalan' tetapi adakah 'sesak jalan' atau 'jalan sesak' dianggap betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah sesak/kesesakan di jalan raya atau jalan sesak.Tatabahasa06.05.2011
Tuan, Adalah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya. 1) Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2) Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu. Sekian terima kasih.Ayat yang diberikan adalah betul. 1. Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2. Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu.Tatabahasa26.04.2012
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli...

Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~.

Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api.

Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. 

Makna09.04.2009
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
1. apa makna tatarias, ketel? 2. bagaimana nak bezakan imbuhan perkataan yang dekat dengan yang jauh

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna tatarias ialah usaha (cara dsb) mengatur atau menyusun hiasan utk sesuatu yg akan dipertunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka, rambut, dll). Ketel pula mempunyai 2 maksud, iaitu  Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll).

2. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk tujuan tersebut.

Makna20.03.2010
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"?Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit.Tatabahasa03.09.2010
tuan, 1. perkataan 'ada' dan 'mempunyai' membawa erti yang sama. bolehkah tuan menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan memberikan contoh. 2. adakah perkataan 'bergotong-royong' bukan kata kerja? mengapa? 3. adakah perkataan 'berkelah' juga bukan kata kerja. Contohnya kami berkelah di tepi pantai. ada yang mengatakan bahawa ayat tersebut tidak mempunyai kata kerja. jika begitu bagaimanakah kita hendak memasukkan kata kerja ke dalam ayat tersebut. minta tuan betulkan ayat tersebut dengan memasukkan kata kerja ke dalam ayat ini. 4. saya membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. gambar itu menunjukkan satu pesta buku yang sesak dengan pengunjung. jika saya tulis 'kami berkunjung ke pesta buku'. adakah ayat ini membawa erti telah berkunjung dan bukan sedang berkunjung. ada orang yang mengatakan ayat ini tidak dapat diterima kerana ayat tersebut menunjukkan aktiviti yang telah berlaku dan bukan sedang berlaku seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. minta tuan jelaskan. jika salah apakah ayat yang betul. sekian terima kasih.

Saudara,

Perkataan ada dan mempunyai sama maksudnya. Contoh, 'Saya ada seekor kucing' dan 'Saya mempunyai seekor kucing'.  Dalam ayat 'saya berkelah di tepi pantai' kata 'berkelah' ialah kata kerja, manakala ayat ' Berkelah menjadi kegemaran saya' kata berkelah ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek.

Ayat 'Kami berkunjung ke pesta buku' boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada sedang berkunjung atau telah berkunjung. Bagi makna yang lebih jelas untuk menunjukkan sama ada sedang berlaku atau  telah  berlaku maka perkataan 'sedang' dan 'telah' digunakan bagi mengelakkan kekeliruan.        

Tatabahasa28.11.2009
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu.

Penggunaan  kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu.

ii. Budak perempuan  itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. 

Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas;  contoh mati lemas.

Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan  dalam talian di Laman Web DBP.

Tatabahasa05.02.2009
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini.

Encik Kamal,

Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; men­cintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.

Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.

Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. 

Kamus Dewan Edisi Empat
  
Makna13.06.2010

Kembali ke atas