Bagaimana cara menulis simbol '/' dalam ayat? Ajaran sesat/militan (tidak jarak) atau Ajaran sesat / militan (dijarakkan) | Penggunaan simbol / perlu dirapatkan (tidak jarak). | Lain-lain | 13.08.2016 |
Maksud Peribahasa, Sesat Di Hujung Jalan, Balik KE Pangkal Jalan | Peribahasa Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal. Takrif Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Lain-lain | 11.05.2009 |
Apakah perbezaan antara dua peribahasa berikut: 1. Kusut di hujung bawa ke pangkal 2. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan Terima kasih | Peribahasa kusut di hujung bawa ke pangkal bermaksud pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan pula bermaksud kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula. | Makna | 26.08.2015 |
apakah peribahasa yang melambangkan maksud apabila kita melakukan kesilahan, kita hendaklah berusaha untuk membetulkannya? adakah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan? atau? terima kasih | Contoh peribahasa yg sdr kemukakakan itu adalah betul. T.kasih. | Lain-lain | 17.07.2008 |
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima? | Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
apakah kegunaan di dalam dan dalam | Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 266 dan 284. | Tatabahasa | 17.05.2018 |
apakah perbezaan penggunaan 'di dalam' dan 'dalam'? | Kata sendi nama "di dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan". Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, contohnya "Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya". | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Saya ingin mengetahui cara yang betul semasa menulis tarikh. Sebagai contoh, 3 Julai 2009 dan 3hb Julai 2009. Format yang manakah merupakan format yang harus digunakan sekarang semasa mengajar dan dalam semua urusan rasmi? Saya tidak ingin memberikan ajaran sesat kepada anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, Lau Faang Chyi | Biasanya untuk penggunaan '3 Julai 2009' (tanpa hb.) boleh digunakan dalam situasi biasa spt. pada gegantung, latar pentas, dsb. '3hb. Julai 2009' biasanya digunakan dalam dokumen 'legal' dan sebenarnya cara inilah yang paling tepat. | Lain-lain | 03.07.2009 |
Salam sejahtera, di dalam dunia atau dalam dunia? Bagaimana ingin membezakan "di dalam" dan "dalam"? "Hal ini demikian kerana" atau "hal ini kerana"? Mohon pencerahannya. | Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 284. | Lain-lain | 20.12.2018 |
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), ya | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah. | Istilah | 17.10.2017 |