1. laman web atau laman sesawang atau sesawang ? 2. terima kasih banyak atau terima kasih banyak-banyak ? 3. berbanyak terima kasih atau berbanyak-banyak terima kasih ? 4. | Frasa yang betul ialah laman web atau laman sesawang. Ungkapan 'terima kasih' lebih elok penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak perlu berlebih-lebihan seperti berbanyak-banyak terima kasih.
| Tatabahasa | 12.05.2011 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, apakah perkatan Bahasa Malaysia yang sesuai digunakan bagi perkataan website? Adakah tapak sesawang atau laman sesawang atau tapak web? Saya agak keliru sekiranya ada istilah baharu yang digunakan. Terima kasih. | Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web atau tapak sesawang, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2020 |
Tiadakah perkataan lain bagi 'WEB' yang dapat direka oleh DBP selain daripada Sesawang? Kenapa tidak Suang atau swang ? Kenapa mesti sesawang? Perlukah kita menyamakan perkataan WEB itu dengan Sawang? Adakah DBP sekarang ini kurang kreatif? | Perkataan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan web ialah sesawang. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, pembinaan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Peristilahan DBP dan penyelarasan istilah disepakati oleh tiga buah negara anggota MABBIM, Malaysai, Indonesia dan Brunei. Harap maklum. | Makna | 18.06.2008 |
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. | Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Laman sesawang prpm selalu beku. Melambatkan pencarian perkataan. | Aduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 03.05.2017 |
Kenapa Laman Sesawang DBP tiada pautan kepada kegiatan PBAKL2017. | Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat untuk tindakan selanjutnya dan penambahbaikan pada tahun hadapan. | Lain-lain | 05.05.2017 |
Untuk laman sesawang dan kiosk bergerak, sekiranya pelanggan ingin membuat pilihan bahasa, adakah sesuai sekiranya kami menulis Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Malaysia? Apakah perbezaan antara kedua-dua istilah dan cara penggunaannya? | Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman puan,Bahasa Malaysia kebiasaannya ialah subjek dan dalam akta, kebiasaannya disebut bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 30.03.2015 |
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial | Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.06.2010 |