Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg digunakan sbg sendal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : alat leper berbentuk spt cincin yg dibuat drpd logam (plastik, getah dll) dan digunakan sbg sendal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesendal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi istilah 'reducing washer'? (kategori:kejuruteraan)Di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami masih tidak ada istilah ini. Jika mengikut konsep dari bidang kejuruteraan washer bermaksud  sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan. Manakala reducing pula lebih sesuai dengan maksud penurunan mengikut konsep daripada bidang kejuruteraan ini. Cadangan yang sesuai daripada pihak kami bagi istilah 'reducing washer ialah sesendal penurunan mengikut kesesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Standoff (alat seperti sesendal) 2) Diamond Turned Dome 3) Frangible Dome 4) Pedestal Mounted Place Robot 5) Rectilinear Welding Robot Bantuan daripada pihak tuan/puan amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. SriPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Standoff - Sesendal
2. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan
3. Frangible Dome - Kubah Repas
4. Pedestal Mounted Place Robot - Robot Setempat Berkaki
5. Rectilinear Welding Robot - Robot Kimpalan Rektilinear
Istilah05.12.2015
Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris 'open washer'? (kategori kejuruteraan)Bagi istilah ini masih lagi tiada dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. Cadangan yang boleh kami berikan untuk istilah bahasa Inggeris 'open washer' ialah jika merujuk kepada kamus dewan washer dalam bidang kejuruteraan ialah bermaksud sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan.. Manakala open pula bermaksud terbuka. Maka terjemahan yang sesuai bagi open washer ialah sesendal terbuka jika bersesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apakah istilah yang boleh digunapakai bagi 'binding washer manufacturing machinery'? (Kategori: Kejuruteraan)Cadangan terjemahan kami ialah mesin pembuatan pengikat sesendal.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apa terjemahan "washer", iaitu sekeping logam untuk melapik antara nat dan bolt?Padanan bagi istilah washer dalam bahasa Melayu ialah sesendal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.09.2024
Apakah terjemahan bagi istilah 'seal washer'? (kategori: kejuruteraan)Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk seal washer. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk seal washer ialah sesendal penutup.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apakah terjemahan bagi istilah 'swivel washer'? (kategori: kejuruteraan)

Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk swivel washer.  Walau bagaimanapun, istilah swivel mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti pusing dan pemutar ayun . Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk swivel washer ialah sesendal boleh pusing.

Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019

Kembali ke atas