Bagaimana caranya seseorang memanggil seseorang yang namanya bermula dengan Pengiran? Adakah Yang Berbahagia atau Yang Mulia? | Yang Mulia. | Istilah | 23.11.2010 |
Berikan perbezaan antara memperisteri dengan memperisterikan | Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh : Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"? | Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
APAKAH MAKSUD YANG LEBIH TERPERINCI BAGI PERIBAHASA SETAHUN JAGUNG? DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SETAHUN | Setahun jagung bermaksud seseorang yg masih muda usianya. Maksud setahun di sini ialah umur seseorang itu yg masih muda dan tidak mempunyai pengalaman yg banyak. Kebiasaannya peribahasa ini digunakan untuk membezakan seseorang yg matang, luas pengalaman, banyak ilmu pengetahuan dengan seseorang yg tidak atau kurang pengalaman atau sebagainya dalam konsep perbandingan antara seseorang dengan seseorang yg lain. T.kasih. | Makna | 26.08.2008 |
'mengikut gred jawatan seseorang' atau mengikut Gred Jawatan seseorang' | mengikut gred jawatan seseorang (gred jawatan bukan nama khas, tidak perlu ditulis dalam huruf besar) | Lain-lain | 14.03.2011 |
Imbuhan Memper........kan.... adakah betul 'kan' harus dibuang....misalnya Memperkenalkan seseorang menjadi memperkenal seseorang....saya keliru... | Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "memper...kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan dll. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Saya mahu dapatkan contoh ayat yang menunjukkan perbezaan maksud bagi kata memperisteri / mempersuami dan memperisterikan/ mempersuamikan.tk | Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri atau mengahwini. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh: Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. Begitu juga dengan maksud dan perbezaan kata mepersuami menjadikan suami dan mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan). Contohnya: Aminah mempersuami seorang hartawan dan sekarang Ayahanda hendak mempersuamikan anakanda dengan orang ini. | Tatabahasa | 26.02.2011 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Pemilihan diksiyang tepat dan sesuai menentukan baik atau tidak sesuatu teks penulisan.Apakah ciri-ciri diksi yang harus dipilih oleh seseorang penulis? | Seseorang penulis perlulah memilih dan menggunakan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea bersesuaian dengan perkara yang hendak disampaikan | Lain-lain | 23.09.2006 |
Sekiranya seseorang pegawai itu mempunyai gelaran Datuk, adakah kita perlu menyatakan gelarannya dipangkal hadapan jawatannya. Contoh: jawatan beliau Ketua Eksekutif, adakah perlu dinyatakan sebagai Datuk Ketua Eksekutif dalam surat menyurat | Sekiranya surat tersebut ditujukan kepada Datuk, maka penulis hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada Datuk, iaitu Yang Berbahagia Datuk di awal surat. Jawatan seperti Ketua Eksekutif ditulis selepas nama datuk tersebut di bahagian alamat. Contoh ; YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran Pengarah, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 09.07.2013 |