Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang. | Lain-lain | 19.09.2019 |
saya ingin mendapatkan kepastian terhadap kata nama yang sesuai untuk orang yang terlibat sebagai moderator dalam sesi sesi bual bicara. Terima kasih. | Lazimnya moderator itu sendiri yang mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan ataupun disebut juga pengantara. | Istilah | 05.04.2013 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk perkataan "networking session." Ini merupakan satu sesi di mana ahli sesebuah pertubuhan / golongan profesional dari profesyen yang sama menghadiri sesi tersebut yang biasanya meliputi ceramah, sesi soal jawab dan sesi beramah mesra di antara peserta. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "networking session". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sesi perangkaian atau sesi jaringan. | Istilah | 16.01.2015 |
adakah perkataan sindikasi merujuk kepada sesi pre council atau sesi diskusi face to face. boleh kah digunakan dalam surat rasmi seperti contoh Jadual Sesi Sindikasi bagi tujuan Pemurnian dokumen | Perkataan sindikasi tiada dalam bahasa Melayu. Padanan yang sesuai untuk face-to-face discussion ialah perbincangan bersemuka. | Makna | 05.02.2020 |
Apakah maksud sesi 'townhall' bersama media | Berdasarkan konsep dan maksud "townhall" yang menjadi amalan tradisi di kawasan New England, Amerika Syarikat, maka sesi "townhal" bersama media, dicadangkan sebagai sesi taklimat umum bersama-sama media. | Makna | 10.11.2014 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Saya ingin bertanya mana yang betul: A) Kami mengongsi pandangan dalam satu sesi dialog. B) Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog. | Ayat yang betul ialah Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog. | Lain-lain | 27.08.2018 |
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih. | Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
ejaan sebenar sesi atau sessi | Ejaan bahasa Melayu yang betul ialah "sesi" | Ejaan | 17.07.2016 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |