apakah beza antara "memberikan' dengan "memberi"? | Lazimnya kata memberi diikuti dengan manusia, seperti dia memberi adiknya sebuah buku cerita, manakala memberikan diikuti dengan objek seperti ... memberikan sesuap nasi kepadanya. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 dan 191. | Makna | 07.01.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |
1. Ali memberi makanan kepada ikan. 2. Ali memberikan makanan kepada ikan. adakah kedua-dua ayat ini betul. sila berikan penjelasan.terima kasih | Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh: Memberi: dia memberi adiknya sebuah buku cerita, manakala memberikan diikuti dengan objek seperti ... memberikan sesuap nasi kepadanya. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 dan 191. Untuk contoh ayat yang saudara berikan, ayat pertama seharusnya ditulis: Ali memberi ikan makanan. Manakalah contoh ayat kedua adalah betul. | Makna | 23.05.2014 |
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih | 1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini 2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan 3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami 5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong. 6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja. 8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik. | Tatabahasa | 07.10.2010 |