Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sét] | سيت

Definisi : (sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : (sét); mengeset menggubah, mem­bentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan can­tuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sét] | سيت

Definisi : /sét/ 1 kumpulan barang (pinggan mangkuk dll) yg merupakan satu ke­satuan; peranggu. 2 pusingan dlm permainan tenis dll: Dlm ~ pertama, saya berjaya mengalahkannya. 3 sekumpulan nombor, kuantiti, nama benda dll yg sekurang-kurangnya mempunyai satu ciri yg sama. mengeset 1 me­masang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalan­kan): ~ mesin pelarik. 2 me­ngatur (huruf dlm mesin cetak dll). mengesetkan menjadikan dlm ben­tuk set. pengeset orang atau alat yg mengeset. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk set+atas">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014
Istilah manakah yang betul, SET INDUKSI atau INDUKSI SET?

Saudara,

Dalam bidang pendidikan frasa yang digunakan ialah induksi set, iaitu teknik memperkenalkan sesuatu tajuk pelajaran bagi menarik perhatian serta mendorong pelajar.

Istilah14.08.2010
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasihUntuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut:

kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.
Istilah06.08.2014
GEN SET ROOMBILIK SET PENJANAIstilah03.03.2011
Assalamuaikum,bolehkah sekiranya menggunakan khidmat DBP untuk menterjemahkan MSDS(MATERIAL SAFETY DATA SHEET) untuk sesuatu bahan kimia dari bahasa inggeris kepada bahasa malaysia? Katakan ada 18 set MSDS untuk setiap bahan kimia,berapakah harga yang dikenakan untuk setiap set?(1 set mengandungi antara 5-6 helai lampiran)

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing.  Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381

Lain-lain11.09.2009
Selamat sejahtera tuan/puan, Adakah "set to" boleh diterjemahkan sebagai "setkan kepada"? Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Mohon tuan/puan memberikan penggunaan set to dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan set to supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2017
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah BI " set car jack" dalam bahasa Melayu?Salam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang dicadangkan ialah Set Jek Kereta.

Sekian, terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan15.03.2019
Assalamualaikum Saya terlibat dengan kajian membuat modul pendidikan STEM. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menerangkan makna perkataan "Toolkit".Dalam pangkalan data istilah DBP, istilah "toolkit" terdapat dalam bidang teknologi maklumat. Padanan bahasa Melayu untuk "toolkit" ialah set peralatan. Maksud set peralatan ialah siri fungsi yang membantu pengatur cara dalam pembangunan perisian.Istilah06.08.2016
Salam tuan di talian, Saya ingin meminta pendapat tuan tentang blurb kulit buku syarikat kami. Adakah penggunaan perkataan dilerai-leraikan ayat di bawah adalah betul. 1. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dilerai- leraikan. atau 2. Setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan. Sekian, terima kasih.Tidak perlu digandakan perkataan lerai, ayat setiap set disediakan berasingan dan dapat dileraikan lebih gramatis.Tatabahasa19.09.2012
RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia bagi setiap set yang dijual. Adakah ayat di atas betul ? disalurkan ke atau kepada ?Sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia hasil daripada setiap set yang dijual.Tatabahasa22.06.2018
123456

Kembali ke atas