Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.hu] | ستاهو

Definisi : 1. sepanjang (sebanyak) yg dimak­lumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.hu] | ستاهو

Definisi : 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setahu

Peribahasa

529

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Kera menjadi monyet

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : kera menjadi monyet.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
setahu kami, *nya* ialah kata ganti nama diri ketiga, merujuk kepada manusia. Akan tetapi, kadang-kala, kami terbaca perkataan antaranya termasuk.... perbezaannya pula... lalu memasukkannya... *nya* ini ada lagi penggunaan yang lain selain merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga? terima kasih.Selain berfungsi sebagai kata nama diri ketiga, partikel "nya" juga berfungsi sebagai pembenda, iaitu menjadikan kata yang bukan kata nama apabila bergabung dengannya berubah menjadi kata nama seperti luasnya dan kuatnya.Lain-lain20.09.2021
Setahu saya "Yang Berhomat Mulia" ini digunakan untuk kerabat diraja dengan gelaran warisan seperti Raja,Tengku,dan sebagainya yang menjadi wakil rakyat (sama ada ahli Parlimen/ADUN). Jadi gelaran yang digunakan oleh MAIK seperti yang dilampirkan adalah tidak tepat.Visual yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Kami tidak dapat menyemak lampiran yang tuan berikan tentang penggunaan Yang Berhormat Mulia oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Penyataan tuan tentang penggunaan sapaan "Yang Berhormat Mulia" betul. Walau bagaimanapun, penggunaan pada peringkat negeri juga tertakluk pada protokol kerajaan negeri berkenaan.Tatabahasa26.01.2021
Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.

Tatabahasa10.12.2015
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul?Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2015
setahu saya kata adjektif hanya terima tiga imbuhan iaitu se, ter, ke...an. Bagaimana pula dengan 'ber'? Contohnya: ber + warna= berwarna ber+ gembira= bergembira adakah berwarna, bergembira menjadi kata kerja terbitan atau kekal sebagai kata adjektif. Apa pula bentuk pola ayat di bawah: Baju itu berwarna biru ( FN + FK atau FN + FA) Budak itu sedang bergembira di tepi pantai ( FN + FK atau FN + FA)Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162, golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beR- ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Contoh awalan beR- yang bergabung dengan kata adjektif ialah bersedih dan berlapar, dan kata ini akan membentuk kata kerja. Baju itu berwarna biru (FN + FK). Budak itu sedang bergembira di tepi pantai (FN + FK).Tatabahasa26.05.2015
Setahu saya kata ganti diri ketiga '-nya' tidak boleh digunakan utk merujuk kpd benda. Jadi adakah ayat di bawah gramatis? 'Gunakan peralatan elektrik dengan betul dan sesuai dengan fungsinya.'Selain daripada kata ganti nama diri ketiga, "nya" juga berfungsi sebagai kata penegas seperti dalam ayat contoh tersebut.Tatabahasa31.05.2013
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir".Tatabahasa10.05.2013
Setahu saya, kata tanya tidak harus wujud dalam ayat penyata, tetapi pada praktikalnya kita sukar untuk menyingkirkan segala kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut mana yang harus dipilihnya. Bagaimanakah kita dapat menyingkir kata tanya dalam ayat seumpama ini? terima kasihAyat yang gramatis: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut yang harus dipilihnya. - kata tanya mana tidak perlu hadir dalam ayat ini kerana menjadi lewah bagi ayat tersebut.Tatabahasa06.12.2010
Setahu saya, "banyak" merupakan kata bilangan tak tentu dan harus diletakkan di depan frasa nama. Adakah prinsip ini ada kekecualian? Kerana saya menemui ayat yang berbunyi"...perajurit-perajurit yang banyak berjasa" (berjasa merupakan kata kerja).

Dalam contoh ayat yang dinyatakan, banyak tidak berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu tetapi sebagai adverba. Untuk makluman saudara adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/frasa adjektif atau kata nama/frasa sendi nama. Adverba boleh hadir di hadapan dan juga di belakang frasa tersebut.

 

Tatabahasa29.11.2010
Setahu saya, partikal '-kah' harus diletakkan di belakang penjodoh bilangan dalam ayat tanya, misalnya, 'Berapa batangkah pen yang kamu ada?' Namun, dalam ayat seperti ini, 'Berapa kilometer...' partikal '-kah' harus diletakkan di belakang 'berapa' atau 'kilometer'?Berapa kilometerkah/berapa kilometer .......?Tatabahasa07.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas