Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setahu 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tanya sama ada ayat di bawah betul? Sekira terdapat kesalahan, boleh tolong betulkan. Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. 1) Setahu saya kata pemeri 'ialah' mesti diikuti dengan 'kata nama' dan bukannya kata kerja. 2) Namun begitu, saya agak keliru disebabkan seperi contoh ayat di atas, sesetengah penulis menggunakan ialah dan terdapat sesetengah penulis menggunakan adalah. Manakah yang betul? 3) Adalah terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan ayat dengan perkataan "Antara" mesti diikuti dengan perkataan "ialah" dan bukannya adalah? (Rujukan ayat di atas) Sila memberi tunjuk ajar kepada saya, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut.


Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa23.07.2019
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih.Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsbTatabahasa29.10.2007
Bolehkah saya tanya sama ada tatabahasa ayat di bawah betul? Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. 1) Setahu saya kata pemeri 'ialah' mesti diikuti dengan frasa nama dan bukannya frasa kerja. 2) Adakah terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan ayat dengan perkataan "Antara" (seperti ayat di atas) belakang mesti diikuti dengan "ialah" dan bukannya adalah? 3) Sekiranya ayat di atas salah, bolehkah perkataan "ialah" digantikan dengan "adalah" untuk menjadikan ayat tersebut betul? Sila beri tunjuk ajar, terima kasih.

1. Benar, kata pemeri *ialah* mesti diikuti kata nama atau frasa nama. Jadi, ayat tersebut salah. Ayat itu bermaksud penutur mempunyai beberapa kebolehan. Jika demikian, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan perkataan *termasuklah*, baru ayat itu menjelaskan makna. 1">

1"> 

*Antara kebolehan saya termasuklah melukis.*1">

1"> 

2. Tiada peraturan tatabahasa sedemikian. Penggunaan kata sendi nama *antara* dijelaskan pada halaman 285 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan *antara* yang betul terdapat dalam empat contoh yang berikut:1">

1. ...antara pendapatnya dengan pendapat saya;1">

2. ...antara adik-beradik;1">

3. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi;1">

4. ...antara kedua-dua buah negara.1">

1"> 

3. Tidak sesuai memasukkan kata pemeri *ialah* atau *adalah*. Kata pemeri *adalah* tidak boleh diikuti kata kerja *melukis*.1">

Tatabahasa23.07.2019
Penggunaan imbuhan memper dan memperk..kan. 1. memperbesarkan atau memperbesar, yang mana satu tepat. Setahu saya besar adalah kata adjektif. oleh itu imbuhan yang tepat adalah memperbesar dan bukan memperbesarkan. tolong jelaskan.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau berrambah. Penggunaan yang tepat ialah memperbesar.Tatabahasa25.06.2013
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasihPandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad.Lain-lain27.10.2009
Assalamualaikum, 1) Apakah bahasa dialek perlu dihapuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej, ipta dan ipts? 2) Setahu saya,bahasa dialek telahpun digunakan sebelum kemunculan bahasa baku atau bahasa standard jadi adakah ianya menjadi penghalang dalam perkembangan bahasa melayu baku? 3) Apakah bahasa dialek boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelanjaran di sekolah kecuali bahasa melayu yang sewajarnya menggunakan bahasa melayu baku?Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku dalam keadaan rasmi atau formal. Dalam hal ini bahasa Melayu yang digunakan seharusnyalah bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa dialek tidak terhalang kerana bahasa dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi atau bersantai. Bahasa dialek digunakan di sekolah secara tidak formal.Lain-lain28.03.2008
setahu saya ia tidak boleh digunakan untuk benda selain manusia.Adakah ini benar?

ia menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud: 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.

Makna17.05.2009
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009
1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2?1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua.Makna05.09.2006
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih.Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1).Tatabahasa22.06.2011
123

Kembali ke atas