SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI? | Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan. | Lain-lain | 05.08.2007 |
sehingga setakat ini, saya belum menerima maklum balas daripada pihak dbp tentang pertanyaan saya, kata 'sanggup' tergolong kata apa? | Perkataan sanggup tergolong dalam golongan kata kerja. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Pertanyaan soalan 3 dan 4 pada 12 April 2009 telah pihak tuan terangkan tetapi kurang menepati persoalan saya. Bolehkah membuat penerangan lagi? | 3. Keterangan bermaksud huraian untuk menerangkan sesuatu, atau dalam kata yang mudah ialah penjelasan, contoh ayatnya; semua keterangan guru itu didengar oleh Aminah dengan tenang. Manakala penerangan bermaksud perbuatan atau perihal menerangkan (menjelaskan), contoh ayat; Penerangannya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik. 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. - Ayat ini betul | Tatabahasa | 14.04.2009 |
sejauh mana kejayaan 3m setakat ini dan apa perbezaan bahasa melayu dengan bahasa malaysia | Tidak ada maklumat tentang status kejayaan kemahiran asas 3M dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada sumber yang sahih (Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kedua-duanya betul dan merujuk perkara yang sama. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Lain-lain | 03.07.2011 |
saya ingin tahu makna perjatan isbat | Setakat ini, makna perjatan tidak terakam di dalam mana-mana kamus, walau bagaimana pun isbat bermaksud ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu). | Makna | 02.03.2007 |
ASSALAMUALAIKUM,,MACAM MANA NAK HANTAR KARYA2 KE DBP..SETAKAT INI SUDAH LEBIH SERATUS SAJAK TELAH TERHASIL,TAPI TIDAK TAHU KE MANA HARUS DI SALURKAN.... | Silalah hantarkan karya sdr kepada: rozninah@dbp.gov.my , editor Dewan Sastera, aruslan@dbp.gov.my, editor Tunas Cipta, yusaida@dbp.gov.my, editor Dewan Siswa. | Lain-lain | 24.03.2010 |
assalamualaikum.tuan/puan .ada iklan jawatan kosong di dbp setakat ni kah? | Iklan jawatan kosong akan diiklankan dalam akhbar utama dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 03.07.2012 |
bolehkah saya masukkan kamus bahasa kedalam telifon bimbit? | Setakat ini masih belum ada pihak/syarikat/badan yang membangunkan kamus BM untuk telefon bimbit | Lain-lain | 01.11.2008 |
Saya ingin membuat kajian berkaitan dengan data korpus berkomputer, setakat ini masih belum mempunyai perkataan yang sesuai untuk dijadikan kajian. Saya minta tuan cadangkan perkataan yang sesuai untuk dibuat kajian korpus pada peringkat Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu | Sdr. boleh menghubungi Puan Aminah Awang Besar Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, di talian 03-21418423 atau e-mel: aminah1@dbp.gov.my | Lain-lain | 19.08.2008 |
boleh tak carikan contoh teks pidato bahasa melayu?? | Setakat ini belum ada diterbitkan sebuah buku yang mengandungi contoh pidato. Sila rujuk Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |