Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQ | Setanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah? | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih ! | Ayat yang telah diperbetul 1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan. 3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul | Tatabahasa | 26.09.2009 |