Apakah perkataan setara dengan copyboy dalam bahasa? copyboy : one who carries copy and runs errands (as in a newspaper office) | "Copyboy" atau "errand boy" boleh diterjemahkan sebagai budak suruhan. (Rujukan Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Istilah | 07.06.2020 |
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.html | Untuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drop-down menu - menu ke bawah 2. drop-down list - senarai ke bawah 3. search field - medan gelintar | Istilah | 17.04.2013 |
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih. | Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Salam sejahtera Encik / Puan, Minta bantuan terangkan penggunaan tanda koma yang betul sebelum "atau" seperti dapat lihat dalam contoh berikut: Ayat yang setara (sama kelompok) 1(a). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh, atau jus oren? atau 1(b). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh atau jus oren? ayat tidak setara (tidak sama kelompok) 2(a). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung, atau buku cerita? atau 2(b). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung atau buku cerita? Terima kasih kerana memberi penjelasan. | Penggunaan kata hubung "atau" tidak didahului dengan tanda koma, seperti ayat Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata sendi nama "dan" apabila menyenaraikan perkara yang tidak setara boleh didahului tanda koma, seperti Ayah ke kedai membeli majalah, payung, dan kasut. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
Mohon bantuan. Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan; 1. Kata pemeri "adalah". Ayat : Purata kuasa setara yang diperlukan adalah 4.519 W. 2. peggunaan perkataan "untuk". PENGESANAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN IMPAK TENAGA RENDAH UNTUK KOMPOSIT KARBON-KARBON MENGGUNAKAN TEKNIK VIBROTERMOGRAFI Adakah penggunaan perkataan 'untuk' sesuai digunakan di ayat di atas? Atau lebih sesuai digantikan dengan perkataan 'dalam'? | Ayat dengan penggunaan kata pemeri yang betul ialah Purata kuasa setara yang diperlukan ialah 4.519 W. Penggunaan perkataan 'untuk' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
| Tatabahasa | 05.03.2019 |
Adakah perkataan "bacelor" yang setara dengan sarjana muda boleh digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu? Contohnya Bacelor Pentadbiran Perniagaan. | Perkataan "Bacelor" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "Bachelor" ialah Sarjana Muda. Contohnya, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan | Istilah | 15.08.2016 |
Assalamualaikum. Adakah terdapat terjemahan yang setara atau nama khas untuk istilah Bahasa Inggeris ini: "Malayan tapir"? Terima kasih. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_tapir | Soalan anda akan dikemukakan ke Bahagian Peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel. | Lain-lain | 23.05.2014 |
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini yang berkenaan dengan corak cap jari: "loop", "arch", dan "whorl"? Sumber: https://facebook.com/bkpjpnm/photos/1707636212652483/ Terima kasih. | Waalaikumussalam. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk loop ialah gelung; arch (lengkung) dan whorl (pusar). Sekian. Terima kasih. | Istilah | 20.06.2018 |
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris, "cancer survivor"? Adakah "pemandiri barah"? Terima kasih. | Waalaikumussalam... Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi cancer survivor ialah Pemandiri Kanser atau Pemandiri Barah. | Makna | 13.01.2018 |
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih. | Soalan puan telah dihantar kepada pakar bahasa Arab untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Pihak DBP akan menghantar jawapan soalan puan ini sebaik menerima maklum balas daripada pakar. Terima kasih. | Makna | 04.05.2017 |