apakah maksud sebenar sekufu? | Sekufu ialah setaraf, sedarjat atau sama martabatnya. | Makna | 25.02.2008 |
contoh-contoh bahasa kasar | Bahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Istilah | 26.10.2009 |
Adakah penggunaan rungkap "sebab mengapa" di tengah-tengah ayat gramatis? Bolehkah saudara/ri beri ungkapan-ungkapan lain yang setaraf dengan "sebab mengapa" berlatarkan konotasi "because"/ "for the reasons" / "due to" .... Terima kasih. | Ungkapan "sebab mengapa" adalah tidak gramatis kata kerana sebab digunakan dalam ayat penyata, manakala kata mengapa digunakan dalam ayat tanya. | Tatabahasa | 25.09.2011 |
apakah jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |
tuan, apakah maksud bahasa tidak sopan. apakah faktor-fsktor yang mendorong penggunaan bahasa itu | Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 05.10.2011 |
Bagaimanakah saya membezakan penggunaan antara kamu,awak,andan,engkau? | Kamu dan awak ialah kata ganti diri kedua kepada orang yang menjadi lawan bercakap. Engkau ialah kata ganti diri kedua bagi orang yang setaraf atau lebih rendah atau digunakan untuk Tuhan. Anda ialah kata ganti diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur seseorang itu. | Lain-lain | 29.02.2008 |
1) Adakah DBP membuat krusus bahasa untuk penulis papan-papan iklan seluruh negara berdasrkan daerah atau zon? 2) Diharap pihak DBP mengambil inisiatif agar badan ini diletakkan di bawah dewan negara / parlimen supaya perkembangan bahasa melayu sekurang-kurangnya setaraf dengan di Brunei dan Indonesia. | Encik Mohd. Zahair, 1. DBP ada menganjurkan kursus bahasa bukan sahaja untuk penulis iklan, tetapi untuk pengguna bahasa pelbagai bidang dari semasa ke semasa melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan. 2. DBP sebagai badan perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja berusaha mengembangkan, menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Bahasa Indonesia-Malaysia(MABBIM)malah berusaha untuk menjadikannya salah satu bahasa utama di dunia. | Lain-lain | 23.06.2010 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar antaranya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta contoh sila rujuk buku, makalah dan kertas kerja yang berkaitan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Makna | 21.10.2011 |