Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tél] | ستيل

Definisi : (setél) Id selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dll), peranggu, set: dia selalu me­manggil “pak” pd orang yg punya pakaian lebih drpd satu ~; setelan 1. selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dll); 2. bp pasangan atau jodoh (piring dgn cawan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tél] | ستيل

Definisi : (setél) IB; menyetel 1. mengunci jam atau membetulkan jarum jam; 2. me­masang atau membunyikan radio (dgn men­dapatkan stesennya): tidak ubahnya seakan kita ini pesawat radio yg selalu disetel pd gelombang bernama Barat; 3. memasang roda (mesin dll); setelan 1. alat pengunci jam, pemutar radio (utk mencari stesen); 2. cara memasang (roda, mesin, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Permohonan untuk pihak DBP menukarkan perkataaan "SETEL & MENANG' ke tulisan Jawi dan menggunakan font Uthman Taha atau Sakkal Majalla atau Arabic Style.Tulisan jawi bagi perkataan SETEL DAN MENANG ialah

سيتيل دان منڠ (fon tulisan ini ialah Arabic Style).

Ejaan06.02.2020
Saya ingin menyemak ayat ayat tersebut. 1. Senangnya tebus pelbagai ganjaran 2. Jom jadi ahli Mesra Rewards 3. Senangnya tebus minyak 4. Senangnya tebus kredit Setel 5. Senangnya tebus barangan kedai mesra 6. Senangnya tebus pelbagai baucar 7. Ini Baru Menang 8. Ini Baru Senang
1. Mudahnya tebus pelbagai ganjaran.
2. "Jom, jadi ahli Mesra Rewards!"
3. Mudahnya tebus petrol.
4. Mudahnya tebus mata ganjaran Setel
5. Mudahnya tebus barangan di kedai serbaneka Mesra.
6. Mudahnya tebus pelbagai baucar.
7. Mudah Menang! 
8. Lebih Senang!

Tatabahasa02.07.2026
- Saya ingin menyemak ayat ayat dalam gambar tersebut. - Senangnya! Ini Baru Mesra - Hadiah Utama - Menangi Wang Tunai Bernilai RM10,000 atau Pelbagai Hadiah Menarik - Belanja minimum RM15 di Kedai Mesra dengan Setel atau masukkan nombor telefon di kaunter. - Pembelian minyal petrol dan diesel dikecualikan untuk penyertaan peraduan ini. - Tertakluk pada terma and syarat. - Soalan: Perlukah saya letak "Peraduan" dalam gambar?Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM30.00 atau RM60.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Lain-lain21.07.2026
Salam Sejahtera, Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "iyang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - 2 Tahun Minyak Percuma!* - Hanya belanja menggunakan Setel atau tekan nombor telefon - Minimum RM50 seminggu - Minimum RM10 seminggu - Isi Kemeriahan - Ini Baru Mesra - Imbas kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk ketahui lebih lanjutAyat pengiklanan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan ialah:
2 Tahun Minyak Percuma!
Hanya perlu belanja melalui Aplikasi Setel atau masukkan nombor telefon.
Minimum RM10 - RM50 (seminggu)
Nikmati Kemeriahan, Ini Baru Mesra.
Imbas Kod QR atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa09.12.2025

Kembali ke atas