Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. | Salam sejahtera, Ayat pasif bagi ayat di atas ialah: Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat. Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Ayat yang manakah betul? a) Setelah kenyang, kami berehat sebentar. b) Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. | Setelah kenyang, kami berehat sebentar. Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. Kedua-dua ayat itu betul. | Tatabahasa | 15.05.2015 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. |
| Tatabahasa | 08.09.2017 |
Berkenaan dengan perkataan "Setelah" dalam kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp perkataan "setelah ialah kata bantu , tetapi dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga perkataan "setelah " ialah kata hubung.yang mana satu lebih tepat? | Kata hubung setelah dalam buku Tatabahasa Dewan adalah lebih tepat digunakan kerana membawa maksud sesudah, sehabis dan selepas. Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ialah Kakak menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya. | Tatabahasa | 21.07.2017 |
Setelah menyelidik makna perkataan"lestari" dalam kamus, adakah maksudnya sama dengan perkataan "consistent " dalam bahasa Inggeris? | Padanan lestari dalam bahasa Inggeris ialah everlasting, namun begitu berkemungkinan dalam konteks yang tertentu lestari boleh membawa maksud everlasting atau boleh juga membawa maksud consistent. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.04.2014 |
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TK | Lantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabut | A. Bongkar-bangkir. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'? | Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khusus | Lain-lain | 24.08.2007 |
TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnya | Ayat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |