Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Genggam-genggam bara,
     terasa hangat dilepaskan.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dalam penggunaan "sesetengah" dengan "setengah-setengah". Terima kasih.Sesetengah dan setengah-setengah sama maksudnya, iaitu  beberapa orang dan lain-lain.Tatabahasa17.03.2014
1. satu jam setengah atau satu setengah jam ? 2, setengah jam atau jam setengah ?1. Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Tatabahasa24.07.2011
Hi, boleh kah "bagaimanapun" digunakan sebagai ganti untuk "walau bagaimanapun" dan "sesetengah" untuk menggantikan "setengah-setengah"?Kedua-duanya boleh digunakan sebagai pilihan sebagai pilihan.Tatabahasa04.12.2007
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Frasa yang betul ialah:
1. a) Satu kilogram setengah b) Satu jam setengah c) Satu meter setengah
2. Ejaan yang betul ialah legenda.
Lain-lain19.03.2019
Adakah penggunaan kata bilangan dalam ayat di bawah ini betul? Setengah wanita dari Kampung Pandan telah menyertai program ini.Ayat yang betul ialah Sesetengah / setengah-setengah wanita dari Kampung Pandan telah menyertai program ini.Lain-lain12.08.2010
salam sejahtera tuan, mana yang betul : satu setengah jam atau satu jam setengah / satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah. Lebih bermakna bagi saya jika tuan dapat sertakan alasannya. terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Penulisan angka - 1 ½ km
Penulisan frasa - satu kilometer setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Istilah25.07.2009
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq

1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.

2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu.

3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat.

4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Tatabahasa08.07.2008
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Lain-lain24.06.2022
1) Apakah perbezaan antara separuh dengan setengah? 2) Telur separuh / setengah masak atau telur masak separuh / setengah? Terima kasih!1) "Separuh" dan "setengah" mempunyai maksud yang sama.
2)  Perkataan yang betul ialah "telur separuh/setengah masak".
Makna11.02.2022
Dia telah bekerja selama _____. (a) lima tahun setengah (b) lima setengah tahun (*Dia telah tidur selama lima jam setengah. = tepat?)a. Lima tahun setengah. b. Dia telah tidur selama lima jam setengah. Harap maklum.Tatabahasa31.07.2008
123456789

Kembali ke atas