Ayat manakah yang betul? 'Kesalahan penggunaan kata penyambung ayat seterusnya ialah' atau 'seterusnya, kesalahan penggunaan kata penyambung ayat ialah' | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. | Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu. | Tatabahasa | 16.05.2017 |
11. Seterusnya, Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat JLAKS merupakan satu forum yang tertinggi di dalam TLDM, maka sebarang dasar perlu digubal dan diputuskan melalui forum ini. Selain daripada itu, pengerusi memaklumkan dan menetapkan keahlian JLAKS hanya melibatkan ahli yang berkhidmat di dalam perkhidmatan TLDM sahaja kerana setiap kali ianya disidangkan akan mendapat jumlah kehadiran yang maksimum daripada ahli JLAKS. Justeru, penetapan telah dibuat agar semua ahli yang terlibat perlu menghadirkan diri tanpa gagal di dalam forum ini. Dengan demikian, semua dasar yang telah digubal dan diputuskan perlu dilaksanakan serta sebarang cadangan perlu dibincangkan di dalam forum ini. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Adakah ayat seterusnya betul? "Gunakan setiap sedik yang ada" Kata "sedik" apa maksud di dalam ayat itu? | Ayat tersebut betul. Makna sedik ialah terlintas (dlm hati). Untuk mengetahui manka sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 20.09.2008 |
Tuan, sebagai permulaan setiap isi, manakah frasa berikut adalah benar: 1. Memetik wasilah nirmala seterusnya, ATAU 2. Memetik wasitah nirmala seterusnya, Terima kasih | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Merujuk pada pertanyaan saudara pula, penanda wacana yang dicadangkan ialah "Memetik Wasitah Nirmala Seterusnya..." yang membawa maksud "Kita sedia maklum bahawa..." | Tatabahasa | 14.01.2019 |
Apakah fungsi kata -nya dalam perkataan "seterusnya" dan "esoknya" | Fungsi kata "nya" dalam perkataan "seterusnya" dan "esoknya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. | Tatabahasa | 28.08.2009 |
1.Mesyuarat Agung PIBG 2016 kali pertama/ke-2/ seterusnya.. 2.Mesyuarat Agung PIBG kali pertama/ke-2/seterusnya...2016 Soalan: ayat pertama atau ayat kedua yg lebih tepat ditulis pada kain rentang. | Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua, iaitu tahun ditulis paling akhir. | Lain-lain | 13.04.2016 |
Assalamualaikum. Bagaimanakah penggunaan huruf besar selepas ayat tanpa noktah? Contoh: Demikian seterusnya... Ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Ataupun: Demikian seterusnya... ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Terima kasih. -Nik | Berdasarkan contoh tersebut, terdapat dua keadaan: 1. Sekiranya ayat tersebut bersambung tidak perlu penggunaan huruf besar. 2. Sekiranya ayat tersebut tidak bersambung perlu diletak titik lagi (menjadi empat titik ....) dan dimulai dengan huruf besar. | Lain-lain | 27.02.2014 |
Apakah gelaran dalam keluarga yang digunakan pakai dalam masyarakat Melayu, contohnya: selepas anak, cucu, cicit dan seterusnya. Begitu juga dengan selepas ayah dan ibu, datuk dan nenek, kemudian, moyang, dan seterusnya. Ini kerana saya mendapat tahu pelbagai gelaran yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu sebelum ini seperti selepas cicit, ciut, ciat, dan pelagai lagi. Adakah semua gelaran ini direkod dan disahkan atau sekadar panggilan mengikut negeri atau daerah sahaja...? terima kasih.. | Dalam masyarakat Melayu peringkat keturunan masih sama seperti anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya cuma kita jarang melihat kepada keturunan yang sudah jauh seperti piut-miut dan piat-piut. Yang berbeza ialah gelarang seperti long, ngah, ude, utih, alang dan sebagainya. Perbezaan ini ada direkodkan dalam buku/makalah yang berkaitan dengan budaya. | Istilah | 11.01.2012 |
Apakah definisi 'timbangteliti'? Contoh ayat? Betulkah ayat ini? Mesyuarat seterusnya menimbangteliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut... | Penggunaan perkataan yang betul ialah Mesyuarat seterusnya meneliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut... | Tatabahasa | 13.01.2012 |