Ayat yang manakah betul? a) Kita perlu setia kepada negara. b) Kita perlu setia terhadap negara. c) Kita perlu setia akan negara. | Kita perlu setia kepada negara. Kita perlu setia terhadap negara. Ayat-ayat ini betul. | Tatabahasa | 15.05.2015 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Bentuk penulisan yang manakah betul bagi contoh di bawah? S.M.K. Seri Setia atau SMK Seri Setia S.K. Taman Midah atau SK Taman Midah | Bentuk yang betul: 1. SMK Seri Setia 2. SK Taman Midah | Ejaan | 17.01.2017 |
KATA MAJMUK BERKAITAN "URUS SETIA" | Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan. | Istilah | 15.02.2009 |
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia? | Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 10.12.2013 |
Manakah yang betul penggunaan istilah bagi kata menjadi urus setia: Mengurussetiakan atau Mengurus setiakan atau Mengurus setia? | Dari segi pengejaan, kata majmuk dieja terpisah seperti yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan 1993 (contohnya urus setia) kecuali beberapa perkataan yang yang telah ditetapkan dalam buku tersebut. Bentuk turunan kata majmuk dieja dengan menambahkan imbuhan tanpa sebarang pengguguran huruf, contohnya urus setia menjadi keurussetiaan. | Tatabahasa | 07.09.2018 |
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. | Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama seseorang. | Ejaan | 21.05.2012 |
Perkhidmatan Setia Enterprise Waste Disposes Service Collecting Recycle Materials | Sila tambah keterangan aktiviti berbahasa Melayu di bahagian paling atas papan iklan: PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI. Terjemah teks berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa, buat pembetulan pada visual papan iklan dan hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di laman web www.prpm.dbp.gpv.my atau kunjungi kaunter DBP di ibu pejabat DBP Jalan Dewan Bahasa Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.11.2016 |
Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin menyemak, - Ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan berikut: 1) cap syarikat atau cop syarikat 2) laman web atau laman sesawang 3) sebutharga atau sebut harga (tender) 4) Urus setia atau Urus Setia 5) e-tender atau e-Tender - Setahu saya nombor di bawah sepuluh, penggunaan dalam ayat ialah "Didi membeli dua (2) buah buku" dan nombor sepuluh dan ke atas tidak perlu dieja. Adakah penggunaan tersebut betul dalam urusan surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Ejaan yang betul: 1. Cap syarikat 2. Laman web / laman sesawang (kedua-dua betul) 3. Sebut harga 4. Urus setia 5. e-tender 6. Kelaziman: nombor dieja dahulu dan diikuti bentuk angka dalam kurungan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.09.2019 |